1. Laman Utama
  2. >
  3. FAQ
  4. >
  5. Deposit dan Pengeluaran

Deposit dan Pengeluaran

  • JustMarkets menyediakan pelbagai cara untuk membuat deposit. Anda boleh deposit melalui e-dompet, kaedah pembayaran tempatan, Kad Bank, dll. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kaedah bayaran yang disediakan, sila layari halaman Deposit dan Pengeluaran.
  • Tidak boleh. Deposit dan pengeluaran menggunakan akaun pihak ketiga adalah dilarang kerana syarikat mematuhi Polisi AML.
  • Ia bermaksud apabila anda membuat deposit di masa akan datang, anda tidak perlu lagi memasukkan maklumat, dan deposit akan dibuat dengan satu klik. Sila ambil perhatian yang bukan semua kaedah pembayaran menyokong ciri ini. Data kad kredit anda disimpan sebagai token selamat di bahagian penyedia pembayaran yang diperakui oleh PCI DSS yang menyokong standard keselamatan yang relevan untuk simpanan yang selamat.
  • Semua deposit adalah serta-merta. Sekiranya dana belum didepositkan pada masanya disebabkan masalah teknikal, sila hubungi sokongan dan laporkan isu anda. Penting untuk memiliki pengesahan bayaran bahawa dana anda telah ditolak, tetapi belum masuk ke akaun perdagangan anda. Ia mestilah syot layar transaksi tersebut atau sebarang penyata yang boleh digunakan sebagai bukti.
  • ARN (Acquirer Reference Number – Nombor Rujukan Pemeroleh) ialah satu nombor transaksi yang ditetapkan pada transaksi anda yang boleh digunakan untuk menjejak statusnya dengan bank anda. Nombor ini adalah unik untuk setiap transaksi dan merupakan satu bukti antarabangsa bagi pemindahan yang berjaya.

    ARN digunakan untuk menjejak pergerakan transaksi yang sedang dilaksanakan apabila ia meninggalkan bank peniaga (bank pemeroleh) dan dikreditkan ke bank pemegang kad (bank pengeluar). Kod ARN membantu bank membuat pembetulan pada transaksi dan mengesahkan pemprosesannya.

    Pemproses kad memberi kod ARN kepada anda sekiranya pengeluaran dana tidak dikreditkan ke dalam kad dalam masa 14 hari perniagaan. Jika situasi seperti itu berlaku, e-mel sahaja ke [email protected] atau [email protected] dengan permohonan untuk menghantar ARN kepada anda.

    Apa yang perlu dilakukan dengan kod ARN yang diterima?

    Cetak e-mel yang mengandungi kod ARN yang telah anda terima, hubungi bank anda dan minta kakitangan bank untuk merujuk anda kepada jabatan caj balik atau pembayaran pertikaian. Jelaskan yang anda telah menerima ARN dan sedang menunggu penerimaan dana ke dalam kad anda. Kami mencadangkan supaya anda tidak menghubungi khidmat sokongan dalam talian bank atau jurubank kerana mereka tidak dilatih untuk mengendalikan permintaan tersebut dan tidak akan dapat membantu anda. Permintaan tersebut mesti dibuat secara individu, jadi jangan cuba untuk menghantar e-mel atau menghubungi bank secara dalam talian.

    Sekiranya bank anda tidak dapat mencari transaksi tersebut dengan ARN yang diberikan, minta pengesahan daripada bank yang siasatan telah dijalankan dan transaksi itu tidak ditemui. Hubungi kami dengan dokumen ini dan kami akan menjalankan siasatan yang sama di pihak kami.

  • Proses deposit/pengeluaran di JustMarkets sentiasa ditambah naik untuk menyediakan transaksi yang paling pantas dan selamat serta mungkin sedikit berbeza untuk pelanggan dari rantau berbeza. Ketahui lebih lanjut tentang cara untuk membuat transaksi melalui kaedah pembayaran tertentu di sini.
Artikel Terakhir
Semua Artikel
Jangkaan Matematik dalam Perdagangan
Jangkaan matematik merujuk kepada hasil purata strategi perdagangan pada banyak perdagangan, dengan mengambil kira keuntungan dan kerugian. Ia adalah satu konsep statistik yang membantu pedagang menilai potensi keuntungan strategi mereka.
Baca lagi
Peranan Kecerdasan Emosi dalam Perdagangan
Dalam perdagangan, apabila nombor menjadi elemen terpenting dan algoritma menentukan pergerakan pasaran, terdapat faktor yang sering terlepas pandang yang boleh mempengaruhi kejayaan dengan ketara: kecerdasan emosi.
Baca lagi