* Masa ditunjukkan dalam GMT
Kalendar ekonomi merupakan satu alat yang menyenaraikan semua peristiwa penting ekonomi. Beberapa kalendar juga meliputi indikator, indeks dan rating yang penting.
Kami mengemas kini kalendar secara kerap dengan bantuan ramai wartawan dari seluruh dunia. Data didatangkan 24/5. Walau apa pun terjadi, kami sentiasa memastikan yang anda mendapat berita terkini dan data yang paling relevan.
Peristiwa-peristiwa ekonomi adalah siaran berita, penerbitan laporan, kenyataan oleh pegawai rasmi kerajaan dan media lain yang boleh memberi kesan kepada sebut harga Forex.
Tidak semua peristiwa mempunyai kuasa yang sama. Tetapi setiap daripada peristiwa tersebut mempunyai kepentingan ekonomi dan sudah tentu akan memberi kesan kepada pasaran dan menyebabkan sama ada pembelian atau penjualan.
Ekonomi adalah satu bidang yang mudah terjejas oleh peristiwa sebenar dunia. Perdagangan FX yang mengamalkan prinsip-prinsip ekonomi adalah buktinya. Meskipun corak matematik dan sistem Tindakan Harga yang lain boleh dipercayai pada kebanyakan masa, ia mungkin tidak berapa membantu apabila sesuatu perkara yang besar berlaku dalam dunia sebenar.
Kalendar ekonomi menyediakan data untuk analisis selanjutnya dan membantu meramalkan hala tuju pasaran Forex di masa akan datang. Ia biasanya digunakan oleh pengikut-pengikut analisis fundamental. Beberapa strategi perdagangan FXm cth. scalping (menjual atau membeli semula pada harga lebih tinggi) dibangunkan di sekitar kalendar ekonomi untuk meramalkan kekecohan dalam pasaran dan perdagangan untuk memanfaatkannya.
Namun demikian, walaupun anda tidak menyukai analisis ekonomi asas dan mengikut strategi-strategi Tindakan Harga, anda masih boleh menggunakan Kalendar Ekonomi untuk melihat sekiranya pasaran terjejas oleh peristiwa-peristiwa dunia yang sebenar.
Anda juga boleh klik pada setiap peristiwa untuk melihat keterangannya serta pautan untuk anda membaca maklumat yang lebih lanjut mengenainya.
NOTA. Sekiranya anda hanya berdagang mata wang utama dan tidak mahu menjalankan analisis sendiri – semak Gambaran Keseluruhan Pasaran dan Ramalan Harian kami. Ia menyenaraikan peristiwa-peristiwa paling penting serta menjelaskan cara ia akan menjejaskan pasaran.
Sekiranya anda berpendapat bahawa terlalu banyak peristiwa yang tidak relevan – jangan risau, anda boleh menapis peristiwa yang anda tidak perlukan. Untuk berbuat demikian, klik pada butang "More" dan tetapkan tetapan penapis.
Di sini anda boleh membuang mata wang yang tidak dagangkan buat masa ini serta peristiwa-peristiwa yang mempunyai impak lemah yang tidak menyebabkan kecairan yang mencukupi untuk anda kejar.