Langkah 1: Mendaftar Back Office peribadi anda adalah proses yang mudah. Klik sahaja butang "Pendaftaran" di halaman utama atau ikut pautan ini untuk mendaftar sebagai pedagang atau pautan ini untuk mendaftar sebagai rakan kongsi.
Kata laluan mestilah mengandungi 6 hingga 15 simbol, termasuk huruf kecil dan besar aksara Latin (A-Z, a-z) dan digit (0-9). Beri perhatian bahawa simbol-simbol seperti !"#$%& dan jarak tidak boleh digunakan.
Contoh kata laluan: yS22Fr45
Setelah selesai, klik "Daftar" untuk pilihan akaun Pedagang,
Atau "Jadi rakan kongsi" untuk akaun Rakan Kongsi.
Anda boleh menjadi Pedagang dan Rakan Kongsi pada masa yang sama, dan anda sentiasa boleh membuka Akaun Rakan Kongsi pada bila-bila masa di Back Office anda dan sebaliknya.
Langkah 3: Tahniah! Anda sudah berjaya membuka Back Office anda, dan Akaun Perdagangan dibuka untuk anda secara automatik
Ambil maklum bahawa maklumat kelayakan untuk mengakses Akaun Perdagangan anda telah dihantar ke alamat e-mel anda.
Setelah anda membuka akaun perdagangan, anda juga boleh menjadi rakan kongsi IB dengan mudah. Anda hanya perlu log masuk ke Back Office dan tekan butang "Jadi Rakan Kongsi IB" di bahagian Perkongsian. Itu sahaja, kini anda telah menyertai program rakan kongsi JustMarkets. Sila ambil perhatian yang anda hanya boleh membuka satu akaun IB. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang IB, sila ikut pautan ini.
Di Back Office anda di bahagian kotak menu "Perkongsian", anda akan menemui semua maklumat yang diperlukan (termasuk pautan rujukan dan sepanduk rakan kongsi) untuk merujuk klien dan menjana pendapatan. Selain itu, anda boleh mengubahsuaikan sepanduk yang anda mahu gunakan untuk menarik minat klien-klien baharu.
Anda boleh membuat deposit dana melalui kad kredit/debit, sistem pembayaran elektronik atau ejen-ejen pembayaran. Senarai lengkap kaedah pembayaran yang disediakan, syarat-syarat dan bayaran boleh ditemui di sini.
Untuk membuat deposit, buka Back Office anda → Operasi Akaun → Deposit atau ikut sahaja pautan ini. Kemudian teruskan dengan langkah-langkah yang diperlukan.
Sudah tentu semua akaun dalam syarikat sama ada akaun perdagangan atau pembelajaran berfungsi mengikut prinsip yang sama. Anda menerima sebut harga yang sama bagi instrumen kewangan, memantau keadaan di pasaran dalam masa sebenar. Walau bagaimanapun, dengan menggunakan akaun demo, anda berdagang dengan wang "maya", yang tidak boleh dikeluarkan, jadi aspek psikologi operasi adalah berbeza. Apabila berdagang pada akaun demo anda boleh menguji strategi anda tanpa risiko dana. Anda boleh membuka akaun latihan disini. Untuk membuka akaun dagangan, anda perlu mendaftar Back Office dan membuka akaun dagangan di dalamnya.
Perhatian! Sebelum menukar leveraj pastikan bahawa tidak ada pesanan terbuka pada akaun atau sekiranya anda mempunyai pesanan terbuka, pastikan bahawa anda mempunyai dana yang mencukupi untuk menyokong keperluan margin.
Perubahan leveraj akan menyebabkan perubahan dalam keperluan margin untuk pesanan terbuka dan sekiranya jumlah ekuiti tidak mencukupi boleh menyebabkan "Stop out". Keperluan margin dan peraturan-peraturan leveraj.ARN (Acquirer Reference Number – Nombor Rujukan Pemeroleh) ialah satu nombor transaksi yang ditetapkan pada transaksi anda yang boleh digunakan untuk menjejak statusnya dengan bank anda. Nombor ini adalah unik untuk setiap transaksi dan merupakan satu bukti antarabangsa bagi pemindahan yang berjaya.
ARN digunakan untuk menjejak pergerakan transaksi yang sedang dilaksanakan apabila ia meninggalkan bank peniaga (bank pemeroleh) dan dikreditkan ke bank pemegang kad (bank pengeluar). Kod ARN membantu bank membuat pembetulan pada transaksi dan mengesahkan pemprosesannya.
Pemproses kad memberi kod ARN kepada anda sekiranya pengeluaran dana tidak dikreditkan ke dalam kad dalam masa 14 hari perniagaan. Jika situasi seperti itu berlaku, e-mel sahaja ke [email protected] atau [email protected] dengan permohonan untuk menghantar ARN kepada anda.
Cetak e-mel yang mengandungi kod ARN yang telah anda terima, hubungi bank anda dan minta kakitangan bank untuk merujuk anda kepada jabatan caj balik atau pembayaran pertikaian. Jelaskan yang anda telah menerima ARN dan sedang menunggu penerimaan dana ke dalam kad anda. Kami mencadangkan supaya anda tidak menghubungi khidmat sokongan dalam talian bank atau jurubank kerana mereka tidak dilatih untuk mengendalikan permintaan tersebut dan tidak akan dapat membantu anda. Permintaan tersebut mesti dibuat secara individu, jadi jangan cuba untuk menghantar e-mel atau menghubungi bank secara dalam talian.
Sekiranya bank anda tidak dapat mencari transaksi tersebut dengan ARN yang diberikan, minta pengesahan daripada bank yang siasatan telah dijalankan dan transaksi itu tidak ditemui. Hubungi kami dengan dokumen ini dan kami akan menjalankan siasatan yang sama di pihak kami.
JustMarkets menawarkan syarat-syarat perdagangan yang terbaik kepada klien-kliennya, memberi alat-alat dan strategi-strategi perdagangan yang diperlukan, spread yang rendah, leveraj yang fleksibel. Buat masa ini, pelbagai jenis akaun dengan syarat-syarat perdagangan berbeza tersedia. Hal ini membolehkan klien memilih syarat-syarat yang paling sesuai untuk berdagang.
Pada MetaTrader 4, klien boleh berdagang di akaun Standard Cent, Standard, Pro atau Raw Spread. Pada MetaTrader 5, jenis akaun Standard, Pro atau Raw Spread disediakan. Platform MT5 menawarkan penambahbaikan yang besar dalam bahagian perdagangan salinan, perdagangan mudah alih dan ciri-ciri inovatif yang lain.
Semasa pemasangan MetaTrader platform dagangan, senarai instrumen kewangan yang terhad dipaparkan dalam "Market watch" secara umum. Sekiranya anda mahu menambah atau menyembunyikan simbol yang dipaparkan, klik kanan pada "Market watch", pilih "Simbol" dalam menu yang muncul. Kemudian kembangkan kumpulan instrumen yang diperlukan, pilih simbol dan klik butang "Tunjuk"/"Sembunyi".
Selain itu, platform dagangan juga membolehkan:Perdagangan mungkin dinyahdayakan kerana tidak mematuhi syarat-syarat deposit minimum. Deposit min untuk akaun Standard Cent dan Standard ialah 1 USD, untuk akaun Pro dan Raw Spread ialah 100 USD. Jika akaun tidak mempunyai wang yang cukup, sila deposit lebih banyak dana. Anda juga boleh membuka akaun jenis lain dan buat pindahan dalaman untuk memenuhi syarat-syarat deposit min.
Untuk membuka akaun baharu, sila log masuk ke Back Office anda dan ikut pautan ini.
Untuk membuat pindahan dalaman, sila ikut pautan ini.
Jika penyelesaian ini tidak berkesan kepada anda, sila hubungi Kumpulan Sokongan kami.
Swap merupakan bayaran untuk operasi menutup pesanan pada waktu tengah malam hari perdagangan dan membukanya semula pada harga tutup keesokan harinya. Dengan akaun tanpa swap, pedagang boleh membuka kedudukan selama yang mereka mahukan tanpa menambah saiz swap atau mengenakan caj pada akaun. Dalam kes ini, hasil perdagangan hanya boleh dipengaruhi oleh perubahan dalam kadar pertukaran untuk tempoh masa tertentu.
Swap boleh ditemui dalam terminal perdagangan. Untuk mengetahui tahap swap, klik kanan di Market Watch dan pilih "Simbol" dalam menu konteks. Kemudian pilih instrumen yang diperlukan dan tekan butang "Sifat". Pada tetingkap yang muncul, anda akan melihat swap untuk kedudukan panjang dan pendek.
Sila ambil maklum bahawa kami menyediakan akaun tanpa swap untuk klien-klien dari negara-negara Islam secara lalai.