1. Laman Utama
  2. >
  3. FAQ
  4. >
  5. Perkongsian
  6. >
  7. Perkara yang anda perlu tahu tentang Program Kesetiaan Rakan Kongsi baharu

Perkara yang anda perlu tahu tentang Program Kesetiaan Rakan Kongsi baharu

Program Kesetiaan Rakan Kongsi JustMarkets ialah program premium untuk rakan kongsi aktif yang membolehkan anda menerima ganjaran luar biasa dalam bentuk hadiah mewah atas kerjasama yang setia dan bermanfaat dengan Syarikat kami. Ketahui butiran lanjut tentang cara anda boleh menerima hadiah-hadiah bernilai ini.

Bagaimana cara untuk mendaftar dalam Program?

  1. Daftar sebagai Rakan Kongsi JustMarkets dan kongsikan pautan anda untuk menarik perhatian klien.
  2. Berinteraksi dengan klien untuk meningkatkan aktiviti perdagangan mereka dan mencapai pencapaian yang lebih tinggi.
  3. Semak perkembangan di Ruang Rakan Kongsi anda untuk kekal seiring dengan pertumbuhan anda.
  4. Capai pencapaian yang lebih tinggi dan dapatkan hadiah yang semakin bernilai daripada JustMarkets.

Apakah keperluan-keperluan yang perlu saya penuhi untuk layak mendapat hadiah?

Terdapat 3 kriteria yang penting dalam perkembangan anda:

  1. Volum perdagangan yang layak hendaklah mencapai sasaran.
  2. Bilangan klien aktif pada 3 bulan kalendar yang sebelumnya hendaklah sama atau lebih daripada 10.
  3. Volum perdagangan layak bagi klien rakan kongsi untuk tempoh 12 bulan yang lalu hendaklah sama atau lebih tinggi berbanding peratus volum perdagangan layak yang diperlukan. Kecuali untuk 12 bulan pertama sejak pelancaran Program atau tarikh rakan kongsi menyertai Program, apabila volum perdagangan layak kumulatif untuk tempoh 12 bulan lalu adalah sama dengan jumlah volum perdagangan layak.

Bagaimana keperluan-keperluan itu dikira?

Volum perdagangan yang layak dikira untuk setiap klien yang didaftarkan oleh anda sejak tarikh pendaftaran anda, dan untuk Rakan Kongsi sedia ada sejak tarikh pelancaran Program Kesetiaan Rakan Kongsi. Volum perdagangan yang layak mengecualikan volum perdagangan bukan MTP dan volum perdagangan yang terhasil daripada kesilapan, penipuan atau apa-apa operasi yang meragukan. Volum yang dihasilkan oleh klien dalam jenis akaun Selamat Datang tidak dianggap “volum perdagangan yang layak”.

Bilangan klien yang aktif dalam 3 bulan kalendar yang lalu hendaklah sama atau lebih daripada 10. Untuk dianggap sebagai “aktif”, klien seharusnya mempunyai urus niaga perdagangan (dengan peraturan MTP) di sepanjang 3 bulan kalendar yang lalu, termasuk bulan kalendar semasa. Jika sekarang bulan April dan klien anda berdagang pada bulan Februari, klien itu akan dikira dalam statistik anda. Jika anda mempunyai sekurang-kurangnya 10 klien aktif semasa tempoh Februari-April, maka sasaran ini telah dipenuhi.

Volum perdagangan yang layak bagi klien anda untuk tempoh 12 bulan lalu hendaklah sama atau lebih besar daripada 20%. Mari bayangkan sejak pelancaran Program anda telah mengumpulkan 500 juta USD volum perdagangan yang layak. Volum perdagangan yang layak untuk tempoh 12 bulan yang lalu hendaklah sekurang-kurangnya 100 juta USD (iaitu 20%) untuk memenuhi keperluan. Tetapi, jangan bimbang, anda tidak perlu mengira apa-apa kerana kami akan menunjukkan anda baki jumlah volum USD sehingga jumlah sasaran dicapai dalam Back Office anda.

Apa hadiah yang boleh saya terima?

Sebagai tambahan kepada pelbagai hadiah tunai, kami menawarkan anda hadiah-hadiah bernilai seperti gajet. Jam mewah, perjalanan antarabangsa, percutian kapal layar dan juga kereta mewah! Tanpa mengira pencapaian anda yang sudah capai, anda boleh sentiasa memilih alternatif wang tunai untuk hadiah bernilai jika ia lebih sesuai dengan keperluan anda. Pengurus Akaun Utama kami akan menghubungi rakan kongsi yang layak menerima hadiah di awal setiap bulan. Selepas itu, ia akan mengambil masa hampir 2 minggu untuk memproses dan menyerahkan hadiah kepada anda.

Bagaimana saya boleh menjejak perkembangan sendiri dalam Program Kesetiaan Rakan Kongsi?

nda boleh menyemak keputusan Kesetiaan Rakan Kongsi di Ruang Rakan Kongsi halaman Dashboard. Di situ anda boleh menemui keputusan semasa anda untuk setiap sasaran dan jumlah yang tinggal untuk pencapaian baharu. Bersama dengan sasaran, anda boleh melihat perkembangan anda beransur-ansur bergerak dari satu pencapaian ke satu pencapaian, melihat hadiah yang telah dibuka untuk anda dan hadiah yang masih jauh untuk dicapai.

ila lihat Partner Loyalty Program Terms&Conditions JustMarkets untuk butiran lanjut.

Artikel Terakhir
Semua Artikel
Apa Itu Gann Square?
Secara keseluruhan, Gann Square adalah alat unik dan rumit yang menawarkan pandangan mengenai trend pasaran dan pergerakan harga.
Baca lagi
Apa itu pendekatan Gunn?
Kaedah Gunn adalah satu pendekatan kepada perdagangan kewangan yang menggunakan kombinasi analisis teknikal, kitaran masa dan pola geometrik untuk meramalkan pergerakan harga dalam pasaran kewangan.
Baca lagi
Jangkaan Matematik dalam Perdagangan
Jangkaan matematik merujuk kepada hasil purata strategi perdagangan pada banyak perdagangan, dengan mengambil kira keuntungan dan kerugian. Ia adalah satu konsep statistik yang membantu pedagang menilai potensi keuntungan strategi mereka.
Baca lagi