Apa Itu Analisis Aliran Pesanan?

What Is Order Flow Analysis?

Analisis aliran pesanan adalah kaedah yang digunakan dalam perdagangan untuk mendapatkan pandangan mengenai dinamik bekalan dan permintaan dalam pasaran kewangan. Ia merujuk kepada proses membuat analisis dan memahami pesanan beli dan jual sebenar yang dibuat oleh pedagang dalam masa nyata atau hampir dengan masa nyata. Analisis ini bertujuan untuk menyediakan pedagang dengan pemahaman yang lebih baik tentang sentimen pasaran, kemungkinan pergerakan harga dan keadaan-keadaan kecairan. Berikut adalah beberapa aspek penting untuk analisis aliran pesanan:

Buku Pesanan

Buku pesanan adalah paparan masa nyata untuk pesanan beli dan jual bagi instrumen kewangan tertentu. Ia menunjukkan harga, kuantiti dan arah (beli atau jual) setiap pesanan. Menganalisis buku pesanan membantu pedagang menilai tumpuan bekalan dan permintaan.

What Is Order Flow Analysis?

Kedalaman Pasaran

Kedalaman pasaran merujuk kepada bilangan pesanan beli dan jual pada pelbagai tahap harga dalam buku pesanan. Ia membantu pedagang mengukur kekuatan paras sokongan dan rintangan serta boleh memberi isyarat untuk kemungkinan pembalikan harga apabila terdapat perubahan ketara dalam kedalaman pasaran.

What Is Order Flow Analysis?

Profil Volum

Analisis profil volum melibatkan proses membuat plot volum yang telah didagangkan pada tahap harga berbeza dalam tempoh masa tertentu. Ini boleh membantu pedagang mengenal pasti bahagian aktiviti perdagangan yang tinggi (kelompok volum) dan bahagian yang berpotensi di mana harga boleh menemui sokongan atau rintangan.

What Is Order Flow Analysis?

Carta Kelompok

Carta kelompok, atau diketahui sebagai carta analisis kelompok atau carta jejak, digunakan dalam konteks analisis pasaran, terutamanya dalam kajian aliran pesanan. Ia menunjukkan kepekatan dan pengagihan aktiviti perdagangan pada setiap tahap harga. Carta kelompok biasanya memaparkan bentuk segi empat tepat yang mempunyai pelbagai saiz dan warna untuk mewakili volum yang telah didagangkan pada tahap harga tertentu.

What Is Order Flow Analysis?

Data Masa dan Jualan

Data masa dan jualan, juga dikenali sebagai ‘tape’, menyediakan rekod kronologi setiap perdagangan yang telah dilaksanakan dalam pasaran, termasuk harga, kuantiti, dan cap masa. Pedagang menggunakan data ini untuk menilai kadar perdagangan dan mengesan perdagangan yang besar atau aktiviti yang luar biasa.

What Is Order Flow Analysis?

Aliran Pesanan Pasaran

Menganalisis aliran pesanan pasaran (pesanan yang dilaksanakan pada harga pasaran semasa) boleh memberi pandangan kepada pedagang tentang sentimen pasaran segera. Lonjakan dalam pesanan pasaran boleh menandakan peralihan sentimen yang tiba-tiba.

What Is Order Flow Analysis?

Indikator Aliran Pesanan

Pedagang sering menggunakan indikator dan alat tertentu untuk menganalisis aliran pesanan, seperti spread beli-jual, ketidakseimbangan buku pesanan atau delta kumulatif yang mengira jumlah perbezaan antara tekanan beli dan jual.

What Is Order Flow Analysis?

Dengan mengkaji aliran pesanan, pedagang berusaha untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang dinamik pasaran dan menjangkakan pergerakan harga akan datang. Walau bagaimanapun, penting untuk mengetahui bahawa tafsiran data aliran pesanan boleh menjadi rumit dan ia sering memerlukan pemahaman yang mendalam tentang mekanik pasaran dan penggunaan perisian dan alat khusus. Keadaan-keadaan pasaran boleh bertukar dengan pantas, jadi pedagang mesti kekal peka dan menyesuaikan strategi mereka sewajarnya.

Ia juga perlu diketahui bahawa disebabkan fakta yang pasaran Forex adalah bersifat tak terpusat, cth. tiada satu tempat perdagangan seperti NYSE dan NASDAQ, akses ke volum pasaran di Forex adalah tidak berformat. Walau bagaimanapun, disebabkan harga instrumen Forex diperoleh daripada harga mata wang dan niaga hadapan komoditi, pedagang Forex boleh menganalisis data perdagangan CME dengan mudah untuk menganalisis instrumen Forex.

Artikel Terakhir
Semua Artikel
Jangkaan Matematik dalam Perdagangan
Jangkaan matematik merujuk kepada hasil purata strategi perdagangan pada banyak perdagangan, dengan mengambil kira keuntungan dan kerugian. Ia adalah satu konsep statistik yang membantu pedagang menilai potensi keuntungan strategi mereka.
Baca lagi
Peranan Kecerdasan Emosi dalam Perdagangan
Dalam perdagangan, apabila nombor menjadi elemen terpenting dan algoritma menentukan pergerakan pasaran, terdapat faktor yang sering terlepas pandang yang boleh mempengaruhi kejayaan dengan ketara: kecerdasan emosi.
Baca lagi