1. Laman Utama
  2. >
  3. FAQ
  4. >
  5. Perdagangan

Perdagangan

  • JustMarkets menawarkan syarat-syarat perdagangan yang terbaik kepada klien-kliennya, memberi alat-alat dan strategi-strategi perdagangan yang diperlukan, spread yang rendah, leveraj yang fleksibel. Buat masa ini, pelbagai jenis akaun dengan syarat-syarat perdagangan berbeza tersedia. Hal ini membolehkan klien memilih syarat-syarat yang paling sesuai untuk berdagang.

    Pada MetaTrader 4, klien boleh berdagang di akaun Standard Cent, Standard, Pro atau Raw Spread. Pada MetaTrader 5, jenis akaun Standard, Pro atau Raw Spread disediakan. Platform MT5 menawarkan penambahbaikan yang besar dalam bahagian perdagangan salinan, perdagangan mudah alih dan ciri-ciri inovatif yang lain.

  • JustMarkets menawarkan kliennya untuk berdagang di platform perdagangan yang paling popular – MetaTrader 4 dan MetaTrader 5.
  • Semasa pemasangan MetaTrader platform dagangan, senarai instrumen kewangan yang terhad dipaparkan dalam "Market watch" secara umum. Sekiranya anda mahu menambah atau menyembunyikan simbol yang dipaparkan, klik kanan pada "Market watch", pilih "Simbol" dalam menu yang muncul. Kemudian kembangkan kumpulan instrumen yang diperlukan, pilih simbol dan klik butang "Tunjuk"/"Sembunyi".

    Selain itu, platform dagangan juga membolehkan:
    • Sembunyikan semua simbol.
      Buka menu "Market Watch" > Klik "Sembunyi Semua".
    • Paparkan semua simbol-simbol yang ada.
      Buka menu "Market watch" > Klik "Tunjuk Semua".
    • Simpan senarai berlainan simbol dan bertukar-tukar antara mereka dengan cara yang cepat.
      Buka menu "Market Watch" > Klik "Tetapkan".
  • Pilih dalam platform dagangan MetaTrader 4/5 "Akaun sejarah" daripada "Terminal". Klik butang kanan pada mana-mana ruang tab dan pilih "Semua Sejarah" atau "Custom Tempoh"
  • Perdagangan mungkin dinyahdayakan kerana tidak mematuhi syarat-syarat deposit minimum. Deposit min untuk akaun Standard Cent dan Standard ialah 1 USD, untuk akaun Pro dan Raw Spread ialah 100 USD. Jika akaun tidak mempunyai wang yang cukup, sila deposit lebih banyak dana. Anda juga boleh membuka akaun jenis lain dan buat pindahan dalaman untuk memenuhi syarat-syarat deposit min.

    Untuk membuka akaun baharu, sila log masuk ke Back Office anda dan ikut pautan ini.

    Untuk membuat pindahan dalaman, sila ikut pautan ini.

    Jika penyelesaian ini tidak berkesan kepada anda, sila hubungi Kumpulan Sokongan kami.

  • Kami menawarkan spread apungan rendah pada semua jenis akaun dan spread daripada 0.0 pip pada akaun Raw Spread. Untuk mengetahui lebih banyak tentang spread JustMarkets, sila layari Spesifikasi Kontrak.
  • Leveraj adalah alat yang membolehkan jumlah perdagangan yang lebih besar, dengan mempunyai hanya sebahagian daripada jumlah yang anda gunakan. Sebagai contoh, dengan leveraj 1:100 anda boleh menjalankan perdagangan dengan volum USD 100,000, dengan mempunyai hanya USD 1,000 dana sendiri. Keperluan margin dan peraturan-peraturan leveraj.
  • Swap merupakan bayaran untuk operasi menutup pesanan pada waktu tengah malam hari perdagangan dan membukanya semula pada harga tutup keesokan harinya. Dengan akaun tanpa swap, pedagang boleh membuka kedudukan selama yang mereka mahukan tanpa menambah saiz swap atau mengenakan caj pada akaun. Dalam kes ini, hasil perdagangan hanya boleh dipengaruhi oleh perubahan dalam kadar pertukaran untuk tempoh masa tertentu.

    Swap boleh ditemui dalam terminal perdagangan. Untuk mengetahui tahap swap, klik kanan di Market Watch dan pilih "Simbol" dalam menu konteks. Kemudian pilih instrumen yang diperlukan dan tekan butang "Sifat". Pada tetingkap yang muncul, anda akan melihat swap untuk kedudukan panjang dan pendek.

    Sila ambil maklum bahawa kami menyediakan akaun tanpa swap untuk klien-klien dari negara-negara Islam secara lalai.

  • Bebas swap ialah status akaun perdagangan di mana tiada yuran dikenakan untuk kedudukan semalaman. Pilihan ini disediakan untuk kedua-dua pengguna Muslim dan bukan Muslim.


    Pengguna Muslim mendapat status tahap percuma pada semua akaun secara lalai.


    Utuk pengguna bukan Muslim, akaun bebas swap bergantung pada tahap bebas swap mereka.


    Jenis akaun yang tersedia untuk ciri ini


    • Standard Cent
    • Standard
    • Pro
    • Raw spread

    Tahap akaun bebas swap

    Terdapat 2 tahap status bebas swap:Bebas swap lanjutan dan bebas swap standard. Secara lalai, pengguna bukan Muslim menerima tahap Bebas swap lanjutan untuk semua akaun mereka.


    Bebas swap lanjutan

    Untuk klien-klien dengan tahap bebas swap lanjutan, swap tidak dikenakan untuk instrument/kumpulan instrument berikut: major Forex, minor Forex, eksotik Forex, Aset digital, Indeks, Saham dan XAUUSD.

    Sila ambil maklum bahawa swap akan dikenakan untuk instrument lain. Butiran tentang saiz swap boleh ditemui di Spesifikasi Kontrak.


    Yuran swap Standard

    Untuk klien dengan tahap bebas swap Standard, caj swap akan dikenakan selaras dengan spesifikasi symbol


    Tahap akaun bebas swap

    Terdapat 2 tahap status bebas swap:Bebas swap lanjutan dan bebas swap standard. Secara lalai, pengguna bukan Muslim menerima tahap Bebas swap lanjutan untuk semua akaun mereka.


    Cara menukar tahap bebas swap

    Status swap akaun anda ditentukan oleh aktiviti perdagangan anda.

    Jika pedagang dengan akaun perdagangan bebas swap Standard menunjukkan aktiviti perdagangan yang layak untuk tahap bebas bebas Swap, peralihan itu akan berlaku secara automatik tanpa sebarang tindakan diperlukan daripada klien.

    Begitu juga, jika aktiviti akaun perdagangan bebas swap lanjutan menurun, status bebas swap pedagang akan ditukar secara automatik kepada tahap bebas swap Standard, tanpa sebarang tindakan diperlukan.

    Untuk maklumat lanjut tentang status bebas swap anda, layari Back Office anda dan semak bahagian tahap bebas swap di bawah Profil anda. Sila ambil maklum yang halaman ini akan akan tersedia untuk Back Office yang didaftarkan di negara-negara bukan Islamik.


    Perkara Penting

    Ingat perkara penting ini semasa menggunakan program bebas swap:


    • Algoritma menganalisis kelakuan perdagangan klien kita untuk memastikan yang menggunakan program bebas swap dengan betul.
    • Anda disarankan untuk berdagang kebanyakannya intrahari dan mempunyai kedudukan semalan yang rendah untuk mengekalkan tahap bebas swap lanjutan.
    • Jiak status bebas swap anda ditukar kepada Standard, anda akan dimaklumkan tentang perubahan tersebut melalui e-mel.
Artikel Terakhir
Semua Artikel
Jangkaan Matematik dalam Perdagangan
Jangkaan matematik merujuk kepada hasil purata strategi perdagangan pada banyak perdagangan, dengan mengambil kira keuntungan dan kerugian. Ia adalah satu konsep statistik yang membantu pedagang menilai potensi keuntungan strategi mereka.
Baca lagi
Peranan Kecerdasan Emosi dalam Perdagangan
Dalam perdagangan, apabila nombor menjadi elemen terpenting dan algoritma menentukan pergerakan pasaran, terdapat faktor yang sering terlepas pandang yang boleh mempengaruhi kejayaan dengan ketara: kecerdasan emosi.
Baca lagi