WTI – BERDAGANG MINYAK MENTAH WTI

WTI atau West Texas Intermediate atau Texas Light Sweet merupakan satu jenama minyak mentah yang harganya sering dianggap sebagai indikator harga fosil dunia: salah satu tanda aras minyak. Minyak ini merupakan salah satu jenis minyak paling popular yang digunakan secara meluas untuk penghasilan kerosin dan gasolin. JustMarkets menawarkan satu peluang unik kepada pedagang-pedagang untuk mula berdagang WTI sekarang!

  • Spread daripada: 2;
  • Saiz tick: 0.01;
  • Swap (pip) Panjang: -6.00%;
  • Swap (pip) Pendek: -3.00%.

Tentang WTI

Minyak mentah WTI dihasilkan di Texas Barat (AS). Minyak mentah WTI menjadi meluas dan penting pada tahun 1920-an apabila permintaan untuk kereta dan gasolin meningkat secara mendadak.

MENARIK: sebelum kemunculan dan penggunaan automobil yang semakin meluas, gasolin dianggap sebagai produk yang tidak penting. Kerosin disulingkan daripada minyak dan gasolin dibakar atau dibuang ke sungai.

Minyak mentah Texas hanya terikat kepada ekonomi AS di awal Perang Dunia Ke-II pada tahun 1939-1940. WTI menjadi penting untuk penghasilan kerosin yang bertindak sebagai bahan api untuk pesawat tentera. Pada tahun 1981, Texas Light Sweet menjadi tanda aras minyak dan sejak tahun 1983, WTI telah didagangkan pada NYMEX.

Minyak mentah WTI dianggap ringan dalam komposisi kimia. Kandungan sulfur adalah kira-kira 0.24% dan tidak melebihi 0.5% daripada jumlah jisim, menjadikan WTI bermanfaat untuk pengeluaran gasolin. WTI mempunyai rasa yang manis. Sebelum ini, kandungan sulfur dalam minyak telah ditentukan dengan merasanya kerana tiada cara lain. Jika rasanya manis, maka kandungan sulfur dalam produk adalah sedikit, dan jika masam – kandungannya tinggi. Sebab itulah juga WTI dipanggil Light Sweet.

Komposisi WTI adalah serupa dengan jenama minyak Brent yang diperoleh di Lautan Utara dan Norway. Walau bagaimanapun, West Texas Intermediate adalah lebih ringan dan lebih beraroma. Brent juga adalah satu tanda aras minyak. Ia didagangkan pada Bursa Saham London. Niaga hadapan untuk jenama-jenama ini dianggap sebagai instrumen kewangan yang paling popular di dunia.

Apa yang menjejaskan sebut harga WTI?

Sebut harga WTI dicirikan oleh kemeruapan yang meningkat, iaitu kepentingan khusus untuk pedagang. Harga minyak cenderung untuk naik dan turun dengan perubahan yang ketara.

Faktor-faktor berikut memberi pengaruh khas kepada sebut harga WTI:
  • 1. Kedudukan negara-negara pengeksport minyak. Negara-negara OPEC boleh menentukan kuota untuk pengeluaran. Sebagai contoh, jika OPEC membuat keputusan untuk merendahkan kuota, ia akan mengurangkan bekalan dan mencetuskan kenaikan harga.
  • 2. Ketidakstabilan politik di negara yang kaya dengan minyak.
  • 3. Bencana alam di rantau-rantau tersebut, keadaan cuaca yang teruk, kemalangan pada saluran paip dan sebagainya juga boleh menjejaskan harga produk petroleum.
  • 4. Keputusan untuk menambah atau mengurangkan inventori minyak mentah AS.
  • 5. Pertumbuhan/penurunan keseluruhan ekonomi global.
  • 6. Beberapa pelantar daripada Baker&Hughes.

Disebabkan harga minyak sangat bergantung kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku di dunia dan di tempat simpanan minyak, kami mencadangkan anda supaya memberi perhatian khusus kepada suapan berita dan juga kalendar ekonomi.

Waktu perdagangan

Dengan JustMarkets, anda boleh berdagang WTI 5 hari seminggu, dari Isnin hingga Jumaat. Pada hujung minggu, pasaran saham ditutup dan anda tidak boleh membuka pesanan baharu. Kami juga mencadangkan anda supaya mengikut berita-berita kami, kami sentiasa memaklumkan cuti dunia dan perubahan dalam jadual perdagangan. Kekal terkini dengan JustMarkets!

Artikel Terakhir
Semua Artikel
Jangkaan Matematik dalam Perdagangan
Jangkaan matematik merujuk kepada hasil purata strategi perdagangan pada banyak perdagangan, dengan mengambil kira keuntungan dan kerugian. Ia adalah satu konsep statistik yang membantu pedagang menilai potensi keuntungan strategi mereka.
Baca lagi
Peranan Kecerdasan Emosi dalam Perdagangan
Dalam perdagangan, apabila nombor menjadi elemen terpenting dan algoritma menentukan pergerakan pasaran, terdapat faktor yang sering terlepas pandang yang boleh mempengaruhi kejayaan dengan ketara: kecerdasan emosi.
Baca lagi