Berita Kami

Pilih Pedagang Terbaik Dengan Petunjuk Kepakaran Pedagang Baharu

 – 14/02/2023
Klien yang Dihormati!
Kami terus melihat populariti perkhidmatan JustMarkets Copytrading yang meningkat dan menerima maklum balas positif daripada pengguna kami.
Sehubungan dengan itu, kumpulan kami teruja untuk mempersembahkan kepada anda Indikator Kemahiran Pedagang yang sudah tersedia dalam perkhidmatan JustMarkets Copytrading!
Indikator ini membolehkan Pelabur menentukan strategi Pedagang dan memilih syarat-syarat terbaik untuk menyalin mereka.
Pengiraan kemahiran Pedagang adalah berdasarkan 3 parameter utama seperti:
  • Hari perdagangan;
  • Volum perdagangan;
  • Bilangan Pelabur.
Mari kita lihat lebih dekat senarai indikator yang tersedia dan keterangannya:
  • Pakar – adalah jenis Pedagang luar biasa yang mendedikasikan hidup mereka kepada pasaran perdagangan. Mereka suka dengan perkara yang mereka lakukan dan mempunyai metrik prestasi terbaik dengan strategi berjaya yang terbukti.
  • Profesional – ialah Pedagang dengan kelas tertinggi. Mereka mempunyai pengalaman yang luas dalam berdagang lot yang banyak dan membuat banyak perdagangan. Anda boleh yakin yang mereka tahu apa yang mereka lakukan.
  • Berpengalaman – ialah Pedagang setia yang aktif membina reputasi mereka. Anda boleh tahu banyak perkara tentang mereka dengan menyemak sejarah mereka. Mereka mempunyai kebolehan yang terbukti untuk menjana pendapatan yang konsisten.
  • Mahir – merupakan pedagang di awal kerjaya dalam JustMarkets Copytrading, tetapi sudah mengetahui selok-beloknya. Sedikit masa lagi, dan mereka boleh menaikkan permintaan mereka. Mereka mempunyai potensi yang besar untuk berjaya.
Kami yakin yang kemas kini penting ini tidak akan membuat anda rasa tidak diendahkan dan akan membantu membawa pengalaman pengguna pelanggan kami ke tahap baharu.
Jangan ragu-ragu untuk meninggalkan maklum balas anda tentang perkhidmatan dan kemas kini yang kami sediakan. Maklum balas membantu kami memahami tindakan selanjutnya yang perlu diambil untuk pembangunan yang optimum selaras dengan keperluan dan keinginan anda.
Buka Papan Skor
Salam hormat,
Kumpulan JustMarkets