Berita Kami

Seminar Debut JustMarkets – Eksklusif bersama Arash dan Rezza

 – 12/02/2024
Celebrate the year of the Dragon with JustMarkets
Klien yang Dihormati!
Kami teruja untuk memperkenalkan kepada komuniti perdagangan kami satu peluang yang tiada tandingannya – Seminar Debut JustMarkets 2024, satu acara eksklusif yang diserikan dengan kehadiran rakan kongsi kami yang dihormati, Rezza & Arash. Tandakan kalendar anda pada 9 Mac 2024 dan bersedia untuk pengalaman transformatif dalam bidang kewangan.

Sorotan Acara

Sertai kami pada hari yang sibuk dengan:
  • Latihan yang penuh maklumat;
  • Peluang perangkaian yang sangat berharga;
  • Pemberian bengkel yang menarik;
  • Pelbagai hadiah;
  • …dan banyak lagi!

Buka Laluan Anda untuk Menyertai

Perjalanan untuk mendapatkan tempat dalam seminar yang menjadi dambaan ini bermula dengan pertandingan khas kami yang berlangsung dari 13 Februari sehingga 3 Mac 2024. Untuk layak mendapat jemputan ini, pastikan anda mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun perdagangan sebenar JustMarkets yang telah disahkan. Daftar akaun anda untuk pertandingan ini menggunakan nama samaran yang unik di bahagian “Bonus dan Promosi” di bawah tab “Sertai Pertandingan”.

Peringkat Tiket:

  • Tiket Standard: Pastikan akaun yang anda telah daftarkan untuk menyertai pertandingan mempunyai baki sekurang-kurangnya USD 100 (atau nilai mata wang lain yang sepadan). Capai minimum volum perdagangan 1 lot untuk layak.
  • Tiket VIP: Pastikan akaun yang anda telah daftar untuk menyertai pertandingan mempunyai baki sekurang-kurangnya USD 300 (atau nilai mata wang lain yang sepadan). Capai minimum volum perdagangan 3 lot untuk layak.
*Tiket VIP memberi anda akses kepada produk-produk eksklusif berjenama JustMarkets, bahan-bahan latihan percuma daripada Rezza & Arash dan tiket cabutan bertuah tambahan.
Bilangan tiket adalah terhad, jadi bertindak dengan cepat untuk memenuhi semua syarat bagi mendapatkan tempat untuk diri sendiri. Selepas semua syarat dipenuhi, tunggu pengesahan daripada pihak kami menerusi panggilan telefon daripada wakil kami.

Sebab Anda Tidak Boleh Terlepas Seminar Ini

Seminar Debut JustMarkets bukanlah sekadar satu acara sahaja; ia pintu untuk meningkatkan kuasa perdagangan anda, mengembangkan rangkaian profesional anda dan membawa pulang hadiah-hadiah.
Tempat & Tarikh:
9 Mac 2024
Lokasi: DoubleTree by Hilton, Putrajaya
Jangan lepaskan peluang ini. Sertai para pedagang yang berfikiran ke hadapan dan dapatkan jemputan anda ke hari yang akan dipenuhi dengan pembelajaran, perkongsian dan sambutan mengenai seni perdagangan.
Kami tidak sabar menunggu peluang untuk mengalu-alukan anda ke acara penting ini. Ayuh kita bersama-sama memulakan perjalanan ke arah sempadan perdagangan yang baharu dengan JustMarkets.
Salam hormat,
Kumpulan JustMarkets

Terma dan Syarat ‘Seminar Debut JustMarkets 2024’

Seminar akan diadakan dalam Bahasa Melayu pada hari Sabtu, 9 Mac 2024 seperti butiran di bawah:
  • Tarikh dan Masa Seminar: 9 Mac 2024; 10:00 - 17:00 (Waktu Tempatan)
  • Lokasi: DoubleTree by Hilton, Putrajaya

A. Peruntukan Umum dan Kelayakan Kehadiran:

  • Pendaftaran Seminar ini dibuka kepada semua klien JustMarkets yang menetap di Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura.
  • Tempoh kelayakan dibuka dari 13 Februari hingga 3 Mac 2024. Tiada sekatan untuk pengeluaran semasa tempoh kelayakan.
  • Klien mesti berumur lebih dari 18 tahun, sudah mempunyai akaun sebenar yang telah disahkan, berdaftar dengan alamat e-mel dan nombor telefon yang sah agar dapat mendaftar dan menyertai Seminar. Syarat-syarat kelayakan dan penyertaan yang ditetapkan dalam ini, akan diguna pakai dan mesti dipatuhi.
  • Untuk berpeluang menyertai Seminar, Klien perlu:
    • Mempunyai, pada masa pendaftaran, sekurang-kurangnya satu (1) akaun perdagangan sebenar JustMarkets yang aktif dengan jumlah baki USD 100 (atau nilai mata wang yang sepadan) dan USD 300 (atau nilai mata wang yang sepadan) untuk Tiket VIP.
    • Mendaftar akaun perdagangan dalam Pertandingan, gunakan nama samaran dalam bahagian “Bonus dan Promosi” di tab Sertai Pertandingan.
    • Berdagang minimum 1 lot untuk kelayakan Tiket Standard dan minimum 3 lot perdagangan yang diperlukan untuk kelayakan Tiket VIP.
  • Pendaftaran sahaja tidak menjamin tempat dalam Seminar untuk Klien Layak. Hanya Klien Layak yang pendaftarannya telah disahkan oleh JustMarkets melalui panggilan telefon dan e-mel berpeluang untuk menghadiri Seminar.
  • E-mel jemputan akan dihantar kepada klien-klien yang layak selepas panggilan jemputan dijawab dan disahkan.
  • Panggilan jemputan hanya akan dilakukan selepas tempoh kelayakan berakhir dan merit akan diberikan secara siapa cepat dia dapat.
  • Tempoh Pendaftaran dan Kelayakan dibuka sehingga 3 Mac 2024 di penghujung waktu tutup pasaran. JustMarkets berhak untuk menutup pendaftaran pada tarikh lebih awal jika tiada lagi tempat yang tersedia.
  • Satu pendaftaran bersamaan satu klien, pertimbangan dibuat berdasarkan ‘satu klien’ dan bukannya mengikut ‘satu akaun’. Sekiranya terdapat dua atau lebih klien menggunakan kelayakan yang sama, JustMarkets berhak untuk menolak borang pendaftaran Klien Layak yang menggunakan kelayakan sama.
  • Pemegang Tiket VIP akan menerima barangan khas daripada JustMarkets dan Bahan Pendidikan PERCUMA daripada pengajar yang dijemput. Mereka juga akan mendapat tiket cabutan bertuah semasa Seminar
  • Semua Klien Layak yang akan menghadiri seminar akan menikmati hidangan percuma semasa dan selepas seminar.
  • Setiap klien bersetuju dengan mendaftar Seminar, mereka menyatakan persetujuan sendiri secara bebas, terlebih dahulu dan termaklum untuk JustMarkets memproses apa-apa data peribadi yang mereka telah berikan semasa mendaftar. Data dikumpulkan dan diproses hanya setakat yang diperlukan untuk mentadbir dan menjalankan Seminar. JustMarkets akan mendedahkan apa-apa data mengenai individu yang berdaftar hanya seperti yang ditetapkan oleh terma dan syarat ini.
  • Dengan menerima terma dan syarat Seminar ini, peserta bersetuju kepada pengambilan gambar mereka dan membuat video testimoni seperti yang diminta oleh JustMarkets. Para peserta bersetuju yang JustMarkets mempunyai hak kepada penggunaan imej yang terhasil daripada penggambaran fotografi/video setakat yang ditetapkan dalam terma dan syarat ini. Penggunaan tersebut mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, hak JustMarkets untuk menggunakan bahan yang dinyatakan di atas untuk tujuan penerbitan di laman web dan media sosial JustMarkets.
  • Setiap yang berdaftar berhak untuk menarik balik persetujuan mereka kepada pemprosesan data peribadi dan bahan yang dinyatakan di atas pada bila-bila masa. Permohonan untuk menarik balik persetujuan boleh dilakukan dengan menghantar surat melalui e-mel. Walau bagaimanapun, perbuatan menarik diri itu mungkin mengikut budi bicara JustMarkets yang mengakibatkan gangguan, penggantungan atau pembatalan pendaftaran klien, penyertaan dalam seminar dan membuang kelayakan pemenang untuk hadiah.
  • Dengan menerima terma dan syarat Seminar, peserta mengakui Pendedahan Risiko yang boleh didapati di laman web JustMarkets.
  • Pihak syarikat mengekalkan hak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menggantikan penceramah dengan menyiarkan mengikut kemas kini di laman sesawang syarikat.
  • Maklumat yang diberikan oleh penceramah mencerminkan kedudukan dan pandangan peribadi mereka dan mungkin tidak sejajar dengan kedudukan rasmi syarikat.

B. Cabutan Bertuah dan Persetujuan Khusus:

  • Klien Layak yang menghadiri Seminar (‘Peserta’) akan berpeluang untuk menyertai Cabutan Bertuah yang akan dijalankan oleh JustMarkets selepas Seminar. Semua hadiah akan diumumkan di penghujung Seminar.
  • Semua pemenang cabutan bertuah akan dipilih mengikut Cabutan Bertuah, selepas Seminar pada 9 Mac 2024 dan akan diumumkan pada hari yang sama.
  • Jika akaun perdagangan Klien Layak telah diarkib, Syarikat akan meminta pemenang untuk membuka akaun baharu untuk menerima bonus perdagangan. Berkenaan hadiah (cth. bonus perdagangan), jika akaun perdagangan sebenar JustMarkets bagi pemenang itu tidak layak menerima bonus, maka beliau perlu membuka akaun perdagangan baharu yang layak untuk menerima bonus perdagangan bagi mendapatkan hadiahnya. Untuk mula berdagang pada akaun yang menerima ganjaran, klien mesti membuat deposit minimum pada akaun ini (bermula dari $10 bergantung pada jenis akaun perdagangan dan sistem pembayaran) atau pindahan dalaman berjumlah $10 dari akaun tempat deposit dibuat sebelum ini.
  • Sekiranya pemenang tidak dapat menggunakan hadiah dan/atau jika berlaku sebarang sebab-sebab penyingkiran, JustMarkets berhak untuk menarik balik kelayakan hadiah dan memberi hadiah itu kepada pemenang lain pada hari Seminar, dengan syarat-syarat sama dikenakan dan mengikut prosedur yang sama (cth. Cabutan Bertuah)
  • Cabutan Bertuah tidak dibuka kepada pekerja atau ahli keluarga JustMarkets.

C. Hak dan Penyingkiran

  • JustMarkets berhak untuk menolak sebarang pendaftaran jika Klien Layak terlibat dalam sebarang aktiviti perdagangan yang dilarang, seperti yang diterangkan dalam Perjanjian Klien JustMarkets di URL berikut.
  • JustMarkets berhak untuk menyingkirkan klien-klien yang memberikan butiran tidak betul atau menipu semasa pendaftaran Seminar.
  • Semua Klien Layak dibenarkan untuk memiliki hanya satu (1) alamat IP unik untuk pendaftaran. Pendaftaran yang berbilang dari IP yang sama adalah tidak dibenarkan, begitu juga pendaftaran berbilang dengan butiran peribadi yang sama. Dalam kes tersebut, JustMarkets berhak untuk mengecualikan individu tersebut secara serta-merta daripada menyertai Seminar.
  • JustMarkets berhak, mengikut budi bicaranya, menolak pendaftaran mana-mana Klien Layak untuk Seminar dan selanjutnya berhak untuk menghalang mana-mana Klien Layak yang telah melanggar terma-terma ini dan/atau sebarang Perjanjian Klien yang telah dinyatakan dalam laman web JustMarkets di URL berikut, daripada mendaftar dan/atau menyertai Seminar. Dalam keadaan ini, JustMarkets tidak akan menanggung sebarang akibat daripada pembatalan pendaftaran dan/atau penyertaan.
  • Syarikat berhak untuk menukar dan mengemas kini terma-terma promosi.
  • Sebarang situasi yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan tertakluk kepada keputusan Syarikat.