Berita Kami

Memperkenalkan Pengurus Akaun Berbilang JustMarkets

 – 08/11/2019
Klien-klien yang dihormati,

Kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa kami telah melancarkan akaun MAM!

Bermula dari saat ini, pedagang-pedagang profesional boleh mengaut keuntungan yang lebih banyak dengan menarik perhatian pelabur-pelabur yang bersedia untuk memberi dana mereka kepada pengurus menggunakan sistem Pengurus Akaun Berbilang. Pada masa yang sama, pelabur-pelabur juga boleh membuat keuntungan tanpa perlu berdagang.

Sistem ini akan membolehkan pengurus wang yang berjaya berdagang serentak dalam beberapa akaun perdagangan pelabur dari satu akaun. Dengan itu, setiap pengurus berpeluang menguruskan dana pelabur dan menerima peratusan daripada keuntungan yang dijana. Adakah anda mengenali klien-klien yang belum bersedia untuk berdagang sendiri? Kalau ya, anda mempunyai peluang yang besar untuk menjadi pengurus mereka dan merasai kelebihan berdagang dengan JustMarkets. Jadi seorang pengurus bersama JustMarkets dan dapatkan peluang untuk menguruskan bilangan klien tanpa had dengan mudah!

Kelebihan MAM adalah dana pelabur yang berada dalam akaun mereka. Perdagangan dibuat pada akaun pengurus dan tindakannya dipindahkan ke terminal klien. Jumlah transaksi perdagangan diagihkan mengikut kadar dana di dalam akaun pelabur. Komisen dikenakan secara automatik, menjadikan proses telus dan mudah.

Baca lebih lanjut tentang syarat-syarat MAM di sini. Mula jana pendapatan bersama JustMarkets!

Salam hormat,
Kumpulan JustMarkets