Berita Kami

Isu Server MT5

 – 23/02/2024
MT5 Server Issues
Pelanggan dan Rakan Kongsi yang dihormati!
Dukacita dimaklumkan kepada anda tentang isu gangguan yang berlaku pada 22 Februari 2024 pada hari Khamis, disebabkan isu yang tidak dijangka dengan pelayan (server) MT5 kami. Insiden ini telah banyak memberi kesan kepada aktiviti perdagangan pelanggan dan rakan kongsi kami yang dihormati.
Kami di JustMarkets menyedari sepenuhnya tentang situasi yang dihadapi dan punca kemungkinan masalah yang mungkin menyebabkan berlakunya isu ini. Sila yakin bahawa pasukan kejuruteraan kami bekerja 24/7 untuk menyelesaikan isu tersebut dan memulihkan tahap perkhidmatan yang tinggi yang anda harapkan daripada kami.
Kami memohon maaf atas kesulitan dan kesusahan yang ditimbulkan oleh situasi ini. Memulihkan kepercayaan anda adalah keutamaan kami, dan kami berdedikasi untuk membina semula kepercayaan itu dengan mengambil semua langkah yang perlu untuk meningkatkan kestabilan dan kebolehpercayaan sistem kami.
Kami menghargai kesabaran dan pemahaman anda semasa masa yang mencabar ini dan akan memberikan kemas kini semasa kami membuat penambaikan dalam menyelesaikan isu ini.
Yang Ikhlas,
JustMarkets team