Berita Kami

Kaedah Akaun Bank Maya kini disediakan di Malaysia

 – 17/08/2021
Klien JustMarkets yang Dihormati!
Kami ingin memaklumkan anda bahawa kami telah melancarkan kaedah pembayaran baharu yang membolehkan anda membuat deposit dana daripada mana-mana akaun bank tempatan di Malaysia.
Disebabkan kaedah ini tidak memerlukan integrasi dengan Perbankan Dalam Talian anda, jangan risau tentang keselamatan butiran peribadi anda di bank. Tambahan lagi, kaedah pembayaran ini menyokong lebih daripada 30 bank untuk operasi pengeluaran!
Cara membuat deposit menggunakan Bank tempatan di Malaysia (Semua Bank):
  • 1. Pergi ke halaman "Deposit", pilih "Akaun perdagangan" anda dan kaedah "Bank tempatan di Malaysia (Semua Bank)", masukkan amaun deposit dan klik "Deposit."
  • 2. Klik "Bayar Sekarang". Pelayar anda akan dihalakan ke halaman dengan butiran pembayaran.
  • 3. Log masuk ke perbankan Dalam Talian atau Mudah Alih dan buat pindahan mengikut butiran akaun bank, amaun dan ID Transaksi yang dinyatakan pada halaman get laluan.
  • 4. Selepas pemindahan selesai, klik "Saya Bayar."
  • 5. Pembayaran akan diterima tidak lebih daripada 5-10 minit, dan dana akan dikreditkan ke akaun perdagangan anda.
Had-had berikut dikenakan untuk deposit dan pengeluaran menggunakan Bank tempatan di Malaysia (Semua Bank):
  • - Transaksi minimum: 25 USD (100 MYR);
  • - Transaksi maksimum: 7,000 USD (30,000 MYR).
Seperti biasa, JustMarkets tidak mengenakan sebarang yuran untuk deposit dan pengeluaran menggunakan kaedah ini atau kaedah lain. Walau bagaimanapun, ambil maklum yang bank anda boleh mengenakan yuran pindahan selaras dengan Terma dan Yuran.
Lihat kaedah baharu kami sekarang!
Virtual Bank Accounts method is available in Malaysia
Salam hormat,
Kumpulan JustMarkets