Berita Kami

Kemas Kini Program Motivasi IB

 – 02/10/2020
Kepada semua rakan kongsi,

Seperti yang anda ketahui, kami telah melancarkan Program Motivasi IB pada bulan September. Dan sekarang kami sedang menyediakan beberapa kemas kini yang hebat!

Selepas program dilancarkan, kami telah mengumpul dan menganalisis maklum balas daripada rakan kongsi kami secara berkala. Dan kami mendengar pendapat anda. Dengan bantuan anda, kami faham yang ia penting bagi rakan kongsi kami agar jumlah perdagangan daripada semua jenis akaun perdagangan disertakan sekali dalam Program Motivasi tanpa sebarang pengecualian. Kami menghargai pendapat anda dan ingin menjadikan program ini memberi manfaat kepada anda.

Atas sebab ini, bermula dari 29 September, aktiviti-aktiviti perdagangan daripada akaun Raw Spread juga akan dimasukkan dalam pengiraan jumlah perdagangan bagi Program Motivasi IB. Di samping itu, pengiraan semula juga akan dibuat untuk jumlah yang telah dihasilkan dalam bulan September dengan mengambil kira syarat baharu ini. Jadi, sekiranya klien-klien anda berdagang dalam akaun Raw Spread pada bulan ini, statistik anda akan dikemas kini dan prestasi mereka akan dimasukkan dalam keputusan bulan September.

Terima kasih kerana membantu kami menjadi lebih baik!

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila jangan teragak-agak untuk menghubungi kami di [email protected].

Salam hormat,
Kumpulan JustMarkets