Berita Kami

Naik taraf akaun Klasik dan NDD

 – 28/06/2018
Para klien yang dihormati,

Kami ingin mengingatkan anda bahawa semua akaun Klasik dan NDD akan dinaik taraf kepada akaun Standard pada 6 Julai 2018. Nombor akaun untuk akaun-akaun ini kekal sama. Syarat-syarat perdagangan akan diperbaiki: ini termasuk spread dari 0.1, leverage sehingga 1:3000 dan 59 instrumen kewangan. Selain itu, had untuk deposit minimum akan dihapuskan untuk akaun-akaun yang dipindahkan daripada Klasik dan NDD kepada kumpulan Standard. Ini bermaksud yang para pedagang boleh memilih apa-apa jumlah deposit yang mereka inginkan.

Bagi mengelakkan penambahbaikan ini memberi kesan kepada proses perdagangan dalam apa jua cara, semua perintah pada akaun Klasik dan NDD hendaklah tutup sebelum 5 Julai. Pedagang-pedagang boleh menutup sendiri semua pesanan secara manual, tetapi bermula dari 29 Julai hingga 5 Julai, pesanan perdagangan hanya akan berfungsi dalam mod "ditutup sahaja". Semua pesanan terbuka akan ditutup secara automatik mengikut harga semasa 6 Julai 2018. Para pedagang akan boleh berdagang dalam mod biasa pada akaun-akaun yang dinaik taraf ke akaun Standard bermula pada 9 Julai 2018.

Kami percaya yang anda akan menghargai penambahbaikan ini dan kami juga mengucapkan semoga perdagangan anda menguntungkan.

Salam hormat,
Kumpulan JustMarkets