Bonus Selamat Datang disediakan untuk pengguna-pengguna jenis akaun khas yang dipanggil "Selamat Datang."
Klien sedia ada tidak boleh membuka akaun Selamat Datang.
Klien boleh membuka tidak lebih daripada satu akaun Selamat Datang dan mendapat Bonus Selamat Datang
berjumlah $30 sekali sahaja.
Membuka beberapa akaun Bonus (termasuk akaun yang didaftarkan untuk/bukan ahli keluarga Klien, dll.) adalah
dilarang. Jika Syarikat mengesyaki secara wajar yang beberapa akaun diuruskan oleh orang yang sama atau oleh
individu yang melaraskan tindakan mereka, akaun-akaun tersebut akan disekat secara kekal. Semua dana akan
ditahan daripada Akaun Selamat Datang tersebut.
Untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang, seorang pedagang perlu mendaftar Back Office dan membuka akaun
Selamat Datang. Dana Bonus akan dikreditkan ke akaun secara automatik.
Terma-terma perdagangan berikut akan digunakan:
Instrumen perdagangan: pasangan mata wang FX dan logam;
Mata wang akaun: USD;
Volum maksimum pesanan untuk satu kedudukan: 0.01 lot;
Bilangan maksimum kedudukan yang dibuka (termasuk pesanan belum selesai) pada masa yang sama: tidak
lebih daripada 5;
Robot (Penasihat Pakar): tidak dibenarkan.
Akaun selamat datang adalah bebas swap untuk orang Islam sahaja.
Seorang klien mesti berdagang sekurang-kurangnya 5 lot (1 lot = $100,000) dalam tempoh 30 hari kalendar
untuk memindahkan keuntungan.
Untung atau rugi transaksi mestilah sekurang-kurangnya 6 pip (60 mata)
untuk dikira dalam jumlah volum yang didagangkan.
Komisen rakan kongsi tidak akan dikreditkan kerana berdagang pada akaun Selamat Datang.
Tiada deposit atau pemindahan dalaman yang boleh dibuat ke akaun Selamat Datang.
Anda mempunyai masa selama 30 hari untuk membuka akaun Bonus Selamat Datang dalam tempoh bonus dari waktu
pendaftaran.
Akaun Selamat Datang sedia untuk didagangkan dalam masa 30 hari dari tarikh pembukaan. Selepas 30 hari,
perdagangan akan dinyahdayakan, tetapi Akaun Selamat Datang masih boleh diakses untuk memindahkan keuntungan
dalam tempoh 30 hari selepas perdagangan dinyahdayakan.
Untuk membuat pindahan dalaman keuntungan dari Akaun Selamat Datang ke mana-mana akaun langsung, klien perlu
membuat deposit berjumlah sekurang-kurangnya $100 (atau nilai sepadan dalam mata wang lain) ke akaun
langsung ini. Deposit boleh dibuat dalam satu pembayaran atau beberapa pembayaran (cth. $50 + $20 + $30).
Sila ambil maklum bahawa amaun hendaklah didepositkan selepas terma-terma Bonus dipenuhi.
Jumlah keuntungan yang boleh dikeluarkan ialah $30. Keuntungan tersebut boleh dipindahkan selepas semua
syarat Bonus dipenuhi. Pemindahan dibuat dari Akaun Selamat Datang ke mana-mana akaun perdagangan langsung,
di mana sekurang-kurangnya $100 atau nilai sepadan didepositkan. Keuntungan mesti sekurang-kurangnya $30
untuk mengeluarkan Bonus.
Amaun untuk pindahan tidak boleh lebih atau kurang dari $30.
Setiap klien hanya boleh membuat 1 (satu) permohonan untuk memindahkan keuntungan dari Akaun Selamat Datang
ke mana-mana akaun perdagangan langsung.
Pemindahan akan diproses dalam masa 2 jam semasa waktu operasi Jabatan Kewangan. Masa pemprosesan maksimum
ialah 24 jam selepas permohonan Klien diterima oleh Syarikat.
Sebaik sahaja pemindahan keuntungan selesai, akaun Selamat Datang akan dilumpuhkan, dan tiada lagi
perdagangan seterusnya yang boleh dibuat. Bonus akan dibatalkan dalam saiz penuh dan baki akaun akan
ditetapkan kepada sifar.
Sekiranya terdapat alamat IP atau data peribadi yang sepadan, atau lain-lain tanda yang akaun tersebut
adalah milik orang yang sama, akaun tersebut boleh disekat, dan/atau bonus serta keuntungan akan dibatalkan.
Bonus disediakan secara kekal, tetapi boleh dibatalkan pada bila-bila masa mengikut keputusan Syarikat.
Syarikat berhak untuk menolak permohonan Klien untuk Bonus pada bila-bila masa tanpa notis awal atau
memberikan sebarang alasan.
Syarikat berhak untuk menukar terma-terma Kempen atau membatalkannya pada bila-bila masa tanpa notis awal.
Klien bersetuju bahawa semua maklumat yang diberikan semasa proses pendaftaran boleh digunakan oleh Syarikat
dalam kedua-dua konteks Kempen Bonus Selamat Datang dan lain-lain tujuan pemasaran.