Waktu Terbaik untuk Berdagang Forex di Malaysia

Katakan anda telah mempelajari asas-asas forex atau lebih dari sekadar dari asas-asasnya. Anda tahu tentang strategi forex, dan anda telah mempelajari cara untuk menggunakannya dalam perdagangan. Namun, keputusannya masih tidak memberangsangkan kerana harga pasangan mata wang yang lembap, dan anda akhirnya mendapat keuntungan yang sedikit atau tidak memperoleh keuntungan sama sekali. Salah satu sebabnya mungkin kerana anda berdagang pada waktu yang salah. Pasaran forex ada naik dan turunnya sepanjang hari, bermakna aktiviti di siang hari adalah sangat berlainan dengan aktiviti di sebelah petang. Sebagai seorang pedagang, anda ingin masuk ke dalam pasaran pada waktu yang paling aktif. Teruskan membaca untuk mengetahui waktu paling menguntungkan untuk berdagang mata wang di Malaysia.

Waktu Terbaik untuk Berdagang Forex di Malaysia

Waktu Terbaik untuk Berdagang Forex di Malaysia

Apabila anda mendengar tentang "waktu terbaik untuk berdagang", anggaplah ia sebagai "waktu dalam satu hari di mana pasangan mata wang anda paling aktif". Matlamat setiap pedagang adalah untuk memanfaatkan turun naik harga mata wang. Maka, sekiranya harga tidak turun atau naik, tiada sebab untuk anda habiskan masa anda di hadapan skrin komputer. Tinggalkannya dan kembali semula di waktu yang lebih sesuai. Mari kita lihat contoh di bawah.

Katakan anda berdagang USD/CAD. Sangat jelas yang dolar Amerika dan Kanada adalah yang paling aktif didagangkan ketika pasaran Amerika dan Kanada dibuka dan terdapat jumlah operasi pertukaran yang tinggi. Dengan itu, adalah jelas yang pasangan mata wang ini harus didagangkan pada siang hari di Amerika Utara. Tukarkannya kepada zon waktu Malaysia dan anda akan mendapat tempoh masa dari 8 malam hingga 5 pagi. Ambil perhatian yang pasaran ditutup pada hari Sabtu dan Ahad.

Waktu Terbaik untuk Berdagang Forex di Malaysia
Turun naik harga yang rendah menghalang perdagangan dengan keuntungan yang tinggi

Jadual sebegini mungkin tidak menggembirakan mereka yang bangun awal. Tetapi ia adalah waktu menarik yang paling berpotensi untuk berdagang di Malaysia. Dolar Amerika adalah sebahagian besar dari pasangan mata wang utama yang menjadikan apa sahaja yang berlaku di pasaran Amerika sangat berpengaruh kepada hampir kesemua aset. Bukan sahaja institusi kewangan yang besar melakukan pertukaran mata wang di waktu ini. Bahkan ia juga adalah masa di mana data ekonomi penting dikeluarkan. Faktor-faktor ini akan mempengaruhi sebut harga bagi pasaran mata wang. Oleh itu pertimbangkan untuk menukar tabiat anda dan berjaga di lewat malam.

Bercakap tentang aktiviti keseluruhan dalam pasaran, waktu yang paling aktif adalah ketika pertindihan sesi perdagangan Eropah dan Amerika Utara – dari jam 8 malam hingga 11 malam (terutamanya untuk pasangan EUR/USD dan GBP/USD). Dalam waktu ini, mata wang utama disifatkan dengan kecairan yang tinggi, harganya akan turun naik, dan spread kebiasaannya adalah yang terendah. Kesemua faktor ini menjadikan waktu lewat malam di Malaysia adalah waktu yang menguntungkan untuk perdagangan.

Anda harus mengubah jadual perdagangan anda berdasarkan instrumen yang anda dagangkan.

Sesi Perdagangan Forex di Malaysia

Mari lihat pada contoh lain. Katakan anda berdagang pasangan mata wang utama yang lain – NZD/JPY. Pasangan mata wang ini tidak mempunyai dolar Amerika, jadi memberi tumpuan kepada pasaran Amerika adalah tidak masuk akal. Anda seharusnya mengubah jadual perdagangan anda untuk berdagang di awal pagi apabila sesi Pasifik (Wellington) dan Asia (Tokyo) dibuka.

Pertindihan sesi Asia (Tokyo) dan Eropah (Frankfurt) (2 ptg hingga 5 ptg) mungkin bagus untuk berdagang EUR/JPY. Maka, peraturannya mudah, anda harus mengubah jadual perdagangan anda berdasarkan instrumen yang anda dagangkan. Lihat jadual terperinci untuk pusat perdagangan mata wang terbesar di bawah.

Baca lebih lanjut: Perdagangan Forex untuk Pedagang Baharu di 2021

Kawasan Buka (GMT+8) Tutup (GMT+8)
Wellington (sesi Pasifik) 06:00 pg 12:45 tghari
Sydney (sesi Pasifik) 8:00 pg 3:00 ptg
Tokyo (sesi Asia) 8:00 pg 5:00 ptg
Hong-Kong dan Singapura (sesi Asia) 9:00 pg 5:00 ptg
Frankfurt (sesi Eropah) 2:00 pg 10:00 mlm
London (sesi Eropah) 3:00 ptg 11:00 mlm
New York (sesi Amerika Utara) 8:00 mlm 5:00 pg

Waktu buka pasaran forex di Malaysia

Bagaimana dengan Broker anda?

Bayangkan, anda sedang berdagang lewat malam di Malaysia, cuba untuk menjana pendapatan di pasaran pertukaran mata wang. Tetapi bagaimana jika terdapat masalah atau soalan penting yang timbul? Maka mungkin anda perlu menghubungi pihak sokongan pelanggan untuk menyelesaikan masalah anda. Malangnya, tidak semua broker di Malaysia dapat menyediakan servis ini. Maka pastikan anda berdagang dengan broker forex yang dapat memberikan sokongan kepada anda 24 jam sehari. Jika tidak, peluang yang menguntungkan boleh bertukar kepada kerugian dana.

Baca lebih lanjut: Adakah Berbaloi Membuat Pelaburan dalam Forex

Waktu Terbaik untuk Berdagang Forex di Malaysia

Kesimpulan

Disebabkan sebahagian besar jumlah perdagangan terdiri dari pasangan yang mempunyai dolar Amerika, perdagangan yang paling aktif berlaku ketika pertindihan sesi Eropah dan Amerika. Inilah sebabnya waktu pertindihan ini dianggap sebagai yang terbaik untuk membeli atau menjual mata wang. Sekiranya ia tidak berkaitan dengan USD, adalah masuk akal untuk anda mengubah perhatian anda kepada sesi perdagangan yang mewakili aset anda, contohnya, sesi Eropah dan Asia untuk pasangan GBP/JPY. Walaupun jadual perdagangan anda mungkin mempengaruhi baki akhir akaun perdagangan anda, ia tidak menjamin yang semua perdagangan anda akan menguntungkan. Setiap dagangan yang anda buat mestilah berdasarkan strategi holistik dan pendekatan yang berdisiplin.

Tentang JustMarkets

JustMarkets ialah broker dipercayai dunia yang menawarkan 180 instrumen dagangan yang popular. Dengan memiliki akaun dagangan di JustMarkets, anda mendapat manfaat daripada syarat dagangan yang berfaedah, termasuk leverage tinggi, spread rendah (dari 0.0 pip), serta deposit dan pengeluaran tanpa komisen. Dan jika anda mempunyai sebarang soalan, terdapat pasukan sokongan yang membantu yang bekerja sepanjang masa untuk memastikan anda mempunyai pengalaman perdagangan yang paling menyenangkan.

Cubalah perdagangan mata wang dengan membuka akaun demo di JustMarkets. Ia adalah cara pantas dan bebas risiko untuk mahir dalam perdagangan di pasaran kewangan yang paling tinggi kecairannya. Akaun latihan akan membantu anda mempelajari asas-asas perdagangan dan mengembangkan strategi sebelum melaburkan wang. Mula berdagang hari ini untuk menjamin masa depan anda.

oleh JustMarkets, 09/09/2021

Artikel Terakhir
Semua Artikel
Apakah Strategi Perdagangan Pasaran Neutral?
Strategi perdagangan pasaran neutral adalah satu strategi pelaburan yang bermatlamat untuk mengaut keuntungan daripada harga yang naik dan turun dalam sekuriti berbeza sambil meminimumkan impak pergerakan pasaran umum.
Baca lagi