Pada 8 hb Oktober, 2016, JustMarkets telah berjaya bekerjasama dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) mengadakan
Kempen Derma Darah yang pertama diadakan di Aeon Mall, Bukit Tinggi Klang. Tujuan kempen ini adalah untuk mewujudkan
kesedaran awam tentang kelebihan menderma darah.
Daniel Rahim: "Sebelum ini, saya tidak pernah melihat kempen ini. Tetapi saya terfikir ia adalah idea yang terbaik.
Pasukan JustMarkets melaksanakan kerja yang bagus. Dan saya berharap mereka akan selalu mengulangi pengalaman ini di
masa hadapan."
Kempen ini menerima sokongan yang memberansangkan dari orang ramai yang melawati pasaraya seawal waktu pukul 10.00 am.
Pekerja dari kedai terdekat juga mengambil peluang menyertai acara ini. Orang ramai mengisi borang dan melalui proses ujian
saringan untuk mengetahui peringkat hemoglobin dan tekanan darah untuk membolehkan mereka menderma.
12 pekerja dari hospital melaksanakan tugas mereka untuk menjayakan kempen pada hari tersebut.
Aquil Abdullah: "Saya terbaca berkenaan kempen derma ini di Facebook dan mengambil keputusan untuk mengambil
bahagian. Menyesal saya kerana tidak pernah menderma darah sebelum ini. Tetapi kini saya gembira yang saya boleh
membantu orang yang memerlukan."
Kempen ini berakhir pada pukul 5.00 p.m. Keputusannya, jumlah seramai 81 orang melawati kempen, 38 orang berjaya menderma darah,
43 orang telah ditolak kerana tidak layak menderma. Kesemua darah yang di derma, di kumpul dan dihantar ke Pusat Darah Negara.
Nurul Harun: "Ia adalah tawaran yang hebat! Saya cuba membantu orang lain yang memerlukannya. Saya secara kebetualn
berada disini. Dan apabila saya lihat apa yang sedang berlaku, saya mengambil keputusan untuk mengambil bahagian dalam
derma darah tanpa ragu-ragu. Saya akan tetap mengambil bahagian dalam kempen sebegini di masa hadapan sekiranya
JustMarkets menyediakannya lagi.
JustMarkets akan mengadakan kempen derma darah secara kerap. Diharap, pada tahun depan, lebih dan lebih ramai orang yang
mengambil bahagian dalam kempen ini, Derma darah – selamatkan satu nyawa!
