Ketidakstabilan dan aktiviti perdagangan dalam pasaran kewangan masih tinggi. Indeks dolar (#DX) telah beralih dari paras bulanan tertinggi. Laporan Inflasi AS telah mengukuhkan semula jangkaan para pelabur bahawa Fed mungkin memperlahankan kadar kenaikan paras faedah tidak lama lagi. Pada bulan November, indeks harga pengguna AS akan kekal tidak berubah. Pakar-pakar menjangkakan kadar pertumbuhan ialah 0.1%. Ia perlu diingat semula bahawa mesyuarat Fed akan diadakan pada 19 Disember. Baru-baru ini, lebih daripada 75% ahli pasaran kewangan percaya yang Bank Pusat akan meningkatkan julat kadar faedah utama sebanyak 25 mata asas kepada 2.25% -2.50%. Ketidaktentuan dalam isu perdagangan antara AS dan China serta pembalikan lengkung hasil bon memberi tekanan tambahan ke atas dolar AS.

Pada hari Jumaat, 14 Disember, laporan mengenai jualan runcit AS akan dikeluarkan. Indeks teras jualan runcit adalah indikator penting bagi perbelanjaan pengguna serta kadar pembangunan ekonomi Amerika. Pakar-pakar menjangkakan bahawa pada bulan November, angka tersebut akan menurun daripada 0.7% kepada 0.2%.

Statistik-statistik ini boleh memberi impak ketara terhadap dinamik pasangan mata wang utama dalam jangka masa pendek. Kami mencadangkan anda supaya memberi perhatian kepada perbezaan antara nilai-nilai indikator yang sebenar dan yang diramalkan.
- Paras sokongan: 113.150, 112.700, 112.300
- Paras rintangan: 113.600, 114.000

Corak teknikal yang samar-samar telah diperhatikan pada pasangan mata wang USD/JPY. Instrumen perdagangan berada dalam trend sisi. Baru-baru ini, paras utama sokongan dan rintangan masing-masing ialah: 113.150 dan 113.600. Sebut harga USD/JPY cenderung untuk menaik. Indikator menunjukkan kuasa pembeli:
- Harga telah menjadi tetap di atas 50 MA dan 200 MA;
- Histogram MACD berada dalam zon positif dan di atas garis isyarat.
Walau bagaimanapun, kami mencadangkan anda untuk membuka kedudukan dari paras-paras utama.
Jika harga menjadi tetap di atas paras rintangan 113.600, kami menjangkakan pertumbuhan yang selanjutnya untuk pasangan mata USD/JPY. Matlamat terdekat ambil keuntungan ialah zon bekalan tempatan 114.000-114.200.
Pilihan alternatif. Jika harga menjadi tetap di bawah 113.150, anda perlu mempertimbangkan untuk menjual USD/JPY. Pergerakan cenderung ke arah 112.700-112.300.
Pengesahan dan titik kemasukan ke pasaran perlu dilihat pada rangka masa yang lebih rendah. Apabila menjejak kedudukan, kami mencadangkan penggunaan trailing stop.
oleh 14/12/2018
,Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.
Buka Akaun