GBP Sedang Menguji 1.28 USD. Kami Menanti Laporan Ekonomi Penting dari UK.

Sejak awal tahun ini, GBP kukuh berbanding USD, kemungkinan besar disebabkan kelemahan mata wang AS. Kenyataan terbaru yang dibuat oleh wakil-wakil Rizab Persekutuan menunjukkan kesediaan mereka untuk mempercepatkan pertumbuhan kadar faedah utama. Minit FOMC yang dikeluarkan semalam telah membuktikan jangkaan ahli pasaran. Walau bagaimanapun, beberapa wakil Bank Pusat bertegas bahawa membuat dasar monetari semakin agresif pada tahun 2019 tidak akan menjadi satu tindakan yang baik.

Buat masa sekarang, sebut harga GBP/USD semakin kukuh di sekitar 1.2800. Teka-teki Brexit masih menjadi perhatian. Perlu diingat bahawa pada 15 Januari, kerajaan UK akan mengundi tentang keadaan sebenar untuk keluar daripada EU. Ini akan mempengaruhi dan menentukan hala tuju GBP yang seterusnya. JPMorgan Chase & Co meramalkan bahawa GBP akan meningkat sebanyak 4% sekiranya Parlimen meluluskan syarat-syarat yang dicadangkan oleh Theresa May.

Pada hari Jumaat, 11 Januari, 11:30 (GMT+2:00), Perkhidmatan Statistik Negara UK akan menerbitkan pelbagai laporan ekonomi penting yang akan mempengaruhi dinamik GBP dalam jangka pendek. Sila awasi laporan KDNK serta laporan jumlah pengeluaran dalam industri pemprosesan. Perlu diingat bahawa nilai-nilai sebenar dan yang diramalkan boleh menjadi berbeza.

tradingeconomics.com
Sumber: tradingeconomics.com

Gambaran teknikal semasa GBP/USD

  • Paras sokongan: 1.27200, 1.26400, 1.25450
  • Paras rintangan: 1.28000, 1.28750, 1.29250
  • market-news

    GBP/USD masih kekal mendatar. Tiada trend yang jelas. Paras utama sokongan dan rintangan ialah 1.27200 dan 1.28000. Indikator tidak memberi data yang tepat:

    • - 50 МА telah melepasi 200 МА;
    • - MACD berada dalam zon positif tetapi di bawah baris isyarat.

    Anda perlu membuka kedudukan dari paras-paras utama.

    Jika harga ditetapkan di atas 1.28000, pertumbuhan selanjutnya dijangka ke arah 1.28750-1.29250.

    Selain itu, sekiranya harga turun di bawah 1.27200, sila pertimbangkan untuk menjual GBP/USD. Ambil keuntungan sebaik sahaja harga mencecah 1.26400-1.26000.

    oleh JustMarkets, 2018.01.11

    Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

    Buka Akaun

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan
Artikel Terakhir
Semua Artikel
Apa itu Analisis Kaki Lilin?
Analisis kaki lilin adalah kaedah popular yang telah digunakan dalam perdagangan Forex untuk menganalisis pergerakan harga dan membuat keputusan perdagangan.
Baca lagi
Apa Itu Kaedah Tindakan Harga?
Kaedah tindakan harga Forex adalah pendekatan perdagangan yang bergantung pada analisis dan tafsiran pergerakan carta harga tanpa menggunakan indikator teknikal biasa.
Baca lagi