Ripple Berhasrat untuk Memasuki Pasaran China

Ripple berniat untuk memasuki pasaran China dengan teknologi lejar teredar (Distributed Ledgar Technology, DLT) mereka yang direka untuk mempercepatkan pembayaran antarabangsa. CEO Ripple, Jeremy Light telah mengumumkan perkara ini dalam sebuah wawancara bersama CNBC dengan menambah:

"China sememangnya menarik kepada kami sebagai sebuah negara dan sebuah rantau."

Secara umumnya, blockchain ialah satu teknologi yang berada di bawah mata wang kripto, tetapi blockchain Ripple asalnya dibangunkan untuk mempercepatkan pemprosesan pembayaran. Lebih daripada 100 institusi kewangan yang telah menggunakannya untuk meningkatkan perkhidmatan mereka, termasuk institusi gergasi seperti Santander, UniCredit, UBS dan Standard Chartered.

Pada bulan Februari tahun ini, Ripple telah memeterai kontrak bersama firma kewangan utama di Hong Kong, LianLian International. Syarikat itu bercadang menggunakan xCurrent untuk mencipta satu sistem pembayaran antarabangsa.

Di Jepun, Ripple telah berjaya melancarkan aplikasi kewangan Money Tap untuk telefon pintar – lebih daripada 60 bank tempatan dan syarikat kewangan telah menyertai projek ini. Dengan aplikasi ini, transaksi pelanggan-pelanggan bank akan diproses 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

Ripple berkemungkinan besar untuk mencapai pasaran China, tetapi ia perlu mengalahkan pesaing-pesaing seperti Tencent dan Ant Financial yang menawarkan produk sama (WeChat Pay dan AliPay), di mana ia telah berjaya mendapat perhatian orang ramai.

oleh JustMarkets, 17/8/2018

Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

Buka Akaun

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan
Artikel Terakhir
Semua Artikel
Apa itu Analisis Kaki Lilin?
Analisis kaki lilin adalah kaedah popular yang telah digunakan dalam perdagangan Forex untuk menganalisis pergerakan harga dan membuat keputusan perdagangan.
Baca lagi
Apa Itu Kaedah Tindakan Harga?
Kaedah tindakan harga Forex adalah pendekatan perdagangan yang bergantung pada analisis dan tafsiran pergerakan carta harga tanpa menggunakan indikator teknikal biasa.
Baca lagi