Dolar AS menunjukkan trend menurun berbanding sebilangan mata wang dunia. Indeks dolar (#DX) telah dikemas kini pada paras rendah dua tahun. Indeks dolar berada dalam tekanan disebabkan siaran ekonomi yang lemah, serta dinamik negatif hasil bon kerajaan. Dalam suku kedua, ekonomi negara menurun sebanyak 32.9%, kejatuhan paling besar dalam sejarah. Pelabur-pelabur berasa bimbang tentang fakta bahawa penggubal AS tidak dapat bersetuju mengenai pakej rangsangan baharu. Pandemik coronavirus masih menjadi tumpuan. Bilangan individu yang dijangkiti di dunia telah melebihi 18.7 juta.

Pada masa ini, pelabur-pelabur mengamalkan sikap tunggu dan lihat sebelum penerbitan laporan pasaran buruh AS bagi bulan Julai pada hari Jumaat, 7 Ogos. Statistik-statistik ini mungkin memberi impak ke atas penjajaran kuasa terhadap major mata wang.
Laporan terkini dari AS adalah samar-samar. Data awal daripada KNDK menandakan penurunan dalam bilangan individu yang bekerja dalam sektor bukan pertanian negara kepada 167K, di bawah nilai ramalan pada paras 1500K. Indeks keyakinan pengguna jatuh daripada 98.3 kepada 92.6. Pada masa yang sama, PMI bukan pembuatan ISM naik kepada 58.1 daripada 57.1.

Pakar-pakar menjangkakan laporan yang agak pesimis mengenai pasaran buruh: bilangan individu yang bekerja dalam sektor bukan pertanian AS akan menurun kepada 1600K; purata pendapatan setiap jam akan menurun sebanyak 0.5% (m/m); kadar pengangguran akan jatuh sedikit daripada 11.1% kepada 10.5%. Kami mencadangkan anda supaya memberi perhatian kepada perbezaan nilai-nilai sebenar dan ramalan.
Mari kita pertimbangkan pola teknikal semasa untuk pasangan mata wang EUR/USD
- Paras sokongan: 1.1800, 1.1700, 1.1620
- Paras rintangan: 1.1900
- - harga telah menjadi tetap di atas 50 MA dan 100 MA;
- - histogram MACD berada dalam zon positif.

Pasangan mata wang EUR/USD telah menjadi stabil selepas pertumbuhan yang berterusan. Pada masa ini, instrumen perdagangan sedang mengukuh. Pasaran sokongan dan rintangan tempatan masing-masing pada 1.1800 dan 1.1900. Indikator memberi isyarat kepada kuasa pembeli:
Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya anda membuka kedudukan daripada paras-paras utama.
Jika harga menjadi tetap di atas 1.1900, kami menjangkakan pertumbuhan selanjutnya dalam sebut harga EUR/USD. Pergerakan cenderung ke paras 1.1950-1.2000.
Alternatif lain adalah penurunan dalam pasangan mata wang EUR/USD kepada 1.1700-1.1600.
Apabila mengikut kedudukan, kami mencadangkan penggunaan ‘trailing stop.’
by 2020.08.07
,Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.
Buka Akaun