Sejak awal bulan ini, dolar AS telah menunjukkan dinamik negatif berbanding kebanyakan mata wang dunia. Indeks dolar (#DX) bergerak jauh dari paras tertinggi tahunan. Ahli pasaran kewangan berasa bimbang tentang impak konflik perdagangan antara Washington dan Beijing terhadap ekonomi global. Risiko Brexit "sukar" yang semakin meningkat serta pertikaian berkaitan pemecatan Presiden AS Donald Trump memberi tekanan tambahan.

Buat masa ini, pelabur-pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum penerbitan statistik buruh AS untuk bulan September pada hari Jumaat, 4 Oktober, 15:30 (GMT+3:00). Laporan ini mungkin memberi impak ketara terhadap dinamik dan penjajaran kuasa pada mata wang utama yang selanjutnya.
Siaran-siaran ekonomi terkini dari AS adalah pesimis. Aktiviti pembuatan di negara menurun pada kadar paling cepat dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Data awal daripada ADP menunjukkan penurunan dalam bilangan individu yang bekerja dalam sektor bukan pertanian negara sebanyak 135K berbanding dengan jangkaan pasaran pada 140K. Indeks keyakinan pengguna menurun daripada 134.2 kepada 125.1. PMI bukan pembuatan ISM menurun daripada 56.4 kepada 52.6.

Pakar-pakar menjangkakan data yang bercampur untuk pasaran buruh bagi bulan September: bilangan individu yang bekerja dalam sektor bukan pertanian AS akan naik daripada 130,000 kepada 145,000; pertumbuhan purata pendapatan sejam adalah 0.3% (m/m) berbanding nilai sebelumnya iaitu 0.4% (m/m); kadar pengangguran akan kekal tidak berubah pada 3.7%. Kami mencadangkan anda supaya memberi perhatian kepada nilai-nilai indikator yang sebenar dan yang diramalkan.
Mari kita pertimbangkan corak teknikal semasa untuk pasangan mata wang EUR/USD
- Paras Sokongan: 1.09300, 1.08850, 1.08500
- Paras Rintangan: 1.09750, 1.10250, 1.10700
- - Harga telah melintasi 50 MA;
- - Histogram MACD telah bergerak ke arah zon positif yang memberi isyarat pembentukan sentimen bulis.

Pada masa ini, pasangan mata EUR/USD sedang mengukuh. Corak teknikal masih samar-samar. Instrumen perdagangan sedang menguji paras sokongan dan rintangan tempatan: masing-masing pada 1.09300 dan 1.09750. Indikator tidak memberi isyarat yang tepat:
Kami mencadangkan anda supaya membuka kedudukan daripada paras-paras utama.
Jika laporan pasaran buruh AS ternyata lemah, kami menjangkakan pembetulan sebut harga EUR/USD. Matlamat segera untuk ambil keuntungan ialah 1.10250. Pergerakan cenderung ke arah 1.10700-1.11000.
Alternatif lain adalah penurunan dalam pasangan mata wang EUR/USD kepada 1.09000-1.08500.
Pengesahan dan titik kemasukan ke pasaran hendaklah dilihat pada rangka masa yang lebih rendah. Apabila menjejak kedudukan, kami mencadangkan penggunaan 'trailing stop.'
by 2019.10.04
,Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.
Buka Akaun