Pelabur Sedang Menantikan Laporan Pasaran Buruh AS

Semasa sesi sebelumnya, perdagangan mata wang utama agak tenang. Trend sehala tidak diperhatikan. Indeks dolar (#DX) mengukuh dalam julat 96.20-96.40.

finviz-dx-2019-06-06
Sumber: finviz.com

Rundingan perdagangan antara Washington dan Beijing masih menjadi perhatian. Perlu diingat semula bahawa Donald Trump dan Xi Jinping telah bertemu pada persidangan G20 minggu lepas. Mengikut pendapat mereka, pertemuan itu agak produktif. Presiden AS telah membuat konsesi kepada China dan enggan menaikkan duti bagi mengurangkan ketegangan dengan Beijing. Sebagai balasan, China bersetuju untuk membuat pembelian baharu produk-produk pertanian AS dan kembali ke meja rundingan. Kami mencadangkan anda supaya mengikut maklumat terkini berkenaan isu ini.

Buat masa ini, ahli pasaran kewangan mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum penerbitan statistik buruh AS pada hari Jumaat, 5 Julai 15:30 (GMT+3:00). Laporan ini mungkin memberi impak ketara terhadap pandangan Fed berkenaan pelarasan dasar monetari yang selanjutnya.

Siaran ekonomi terkini dari AS agak lemah. Dalam bulan Jun, indeks keyakinan pengguna menurun kepada 121.5, lebih rendah berbanding nilai yang diramalkan, 131.1. Data awal daripada ADP menunjukkan peningkatan dalam bilangan individu yang bekerja dalam sektor bukan pertanian negara sebanyak 102K berbanding jangkaan pasaran berjumlah 140K. PMI bukan pembuatan ISM menurun daripada 56.9 kepada 55.1.

us-nonfarm-2019-07-04
Sumber: tradingeconomics.com

Pada masa yang sama, pakar-pakar menjangkakan peningkatan dalam indikator utama pasaran buruh untuk bulan Jun: bilangan individu yang bekerja dalam sektor bukan pertanian AS akan meningkat dengan pantas daripada 75,000 kepada 160,000; pertumbuhan purata pendapatan sejam adalah 0.3% (m/m) berbanding nilai sebelumnya, 0.2% (m/m); kadar pengangguran akan kekal pada paras yang sama, iaitu 3.6%. Kami mencadangkan anda supaya memberi perhatian kepada perbezaan antara nilai-nilai indikator sebenar dan yang diramalkan.

Mari kita pertimbangkan corak teknikal semasa pasangan mata wang EUR/USD

  • Paras sokongan: 1.12700, 1.12100, 1.11850
  • Paras rintangan: 1.13150, 1.13450, 1.13900
  • market-news-eurusd-2019-07-04

    Buat masa ini, pasangan mata wang EUR/USD sedang mengukuh. Corak teknikal adalah samar-samar. Instrumen perdagangan sedang menguji paras sokongan dan rintangan tempatan: masing-masing pada 1.12700 1.13150. Indikator menunjukkan kuasa penjual:

    • - Harga telah menjadi tetap di bawah 100 MA;
    • - Histogram MACD berada dalam zon negatif.

    Walau bagaimanapun, kami mencadangkan anda supaya membuka kedudukan daripada paras-paras utama.

    Jika statistik dari AS ternyata positif, kami menjangkakan penurunan yang selanjutnya dalam sebut harga EUR/USD. Pergerakan cenderung ke arah paras 1.12000.

    Alternatif lain adalah pemulihan pasangan mata wang EUR/USD kepada 1.13600-1.13800.

    Pengesahan dan titik kemasukan ke dalam pasaran hendaklah dilihat pada rangka masa yang lebih rendah. Apabila menjejak kedudukan, kami mencadangkan penggunaan ‘trailing stop’.

    JustMarkets, 05/07/2019

    Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

    Buka Akaun

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan
Artikel Terakhir
Semua Artikel
Apa itu Analisis Kaki Lilin?
Analisis kaki lilin adalah kaedah popular yang telah digunakan dalam perdagangan Forex untuk menganalisis pergerakan harga dan membuat keputusan perdagangan.
Baca lagi
Apa Itu Kaedah Tindakan Harga?
Kaedah tindakan harga Forex adalah pendekatan perdagangan yang bergantung pada analisis dan tafsiran pergerakan carta harga tanpa menggunakan indikator teknikal biasa.
Baca lagi