Laporan Ekonomi dari AS Menjadi Tumpuan Perhatian

Pada dua minggu yang lalu, perdagangan mata wang utama adalah sangat aktif. Pada masa yang sama, trend sehala tidak diperhatikan. Indeks dolar (#DX) berada dalam trend sisi. Dalam tempoh ini, julat utama 94.50-95.50 telah terbentuk. Ahli pasaran kewangan masih berasa bimbang tentang konflik perdagangan antara AS dan China serta keadaan yang tidak stabil dalam pasaran negara-negara membangun. White House mempertimbangkan pengenalan duti baharu untuk barang-barang dari China yang akan terus menambah konflik perdagangan. Pada masa ini, para pelabur menjangkakan pemacu tambahan.

dx finviz
Sumber: finviz.com

Pada minggu ini, beberapa laporan ekonomi yang penting dari AS akan dikeluarkan, di mana ia akan memberi impak ketara terhadap dinamik mata wang utama dalam jangka pendek. Statistik ini juga boleh memberi kesan kepada pandangan Fed mengenai dasar monetari selanjutnya.

US Report
Sumber: tradingeconomics.com

Pada hari Khamis, 06 September, indeks aktiviti ekonomi dalam sektor bukan pembuatan AS dari ISM akan dikeluarkan pada 17:00 (GMT+3:00). Ramai pakar menjangkakan bahawa dalam bulan Ogos, indikator akan meningkat sebanyak 1.9% kepada 56.8. Pada hari Jumaat, 07 September, para pelabur akan menilai laporan pasaran buruh – 15:30 (GMT+3:00). Dijangkakan bahawa bilangan pekerja dalam sektor bukan pertanian negara akan meningkat dengan cepat sebanyak 34,000 kepada 191,000. Peningkatan dalam pendapatan purata sejam (m/m) dan kadar pengangguran akan kekal tidak berubah, masing-masing pada paras 0.3% dan 3.9%. Kami mencadangkan anda supaya memberi perhatian kepada perbezaan antara nilai-nilai indikator yang sebenar dan yang diramalkan.

Mari kita pertimbangkan corak teknikal semasa untuk pasangan mata wang EUR/USD
  • Paras sokongan: 1.15300, 1.14350, 1.13650
  • Paras rintangan: 1.16250, 1.17200
EUR/USD market news

Pada masa ini, sentimen bearis digunakan pada pasangan mata EUR/USD. Instrumen perdagangan telah mengemas kini ekstrim tempatan. Paras sokongan dan rintangan utama adalah masing-masing pada 1.15300 dan 1.16250. Indikator menunjukkan kepada kuasa penjual:
- harga telah menjadi tetap di bawah 50 MA dan 200 MA;
- histogram MACD telah beralih ke zon negatif dan terus menurun.

Walau bagaimanapun, kami mencadangkan anda supaya membuka kedudukan dari paras utama.

Jika laporan ekonomi dari AS adalah positif, kami menjangkakan pembetulan selanjutnya untuk pasangan mata wang EUR/USD. Dalam jangka masa sederhana, sebut harga boleh sekali lagi mencuba tanda 1.14500-1.14000.

Cara alternatif mungkin adalah pemulihan pasangan mata wang EUR/USD kepada paras pusingan 1.17000.

Pengesahan dan titik kemasukan ke dalam pasaran perlu dilihat pada rangka masa yang lebih rendah. Apabila menjejak kedudukan, kami mencadangkan ‘trailing stop’.

JustMarkets, 04.09.2018

Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

Buka Akaun

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan
Artikel Terakhir
Semua Artikel
Apa itu Analisis Kaki Lilin?
Analisis kaki lilin adalah kaedah popular yang telah digunakan dalam perdagangan Forex untuk menganalisis pergerakan harga dan membuat keputusan perdagangan.
Baca lagi
Apa Itu Kaedah Tindakan Harga?
Kaedah tindakan harga Forex adalah pendekatan perdagangan yang bergantung pada analisis dan tafsiran pergerakan carta harga tanpa menggunakan indikator teknikal biasa.
Baca lagi