Pendapat dari Luar: Mata Wang Kripto Mungkin akan Jatuh

Menurut Steve Strongin, pakar di Goldman Sachs Group Inc., majoriti mata wang kripto yang luas akan mencecah sifar. Strongin tidak menyatakan rangka masa, tetapi turun naik harga yang tinggi untuk kelas aset digital adalah tanda-tanda situasi di mana pedagang biasanya akan meletakkan harga saham di atas nilai sebenarnya.

"Hubung kait yang tinggi antara mata wang kripto membimbangkan saya," kata Strongin. "Disebabkan kurangnya nilai intrinsik, mata wang yang tidak dapat bertahan berkemungkinan besar didagangkan kepada kosong."

Pada minggu ini, pasaran kripto telah mengalami jualan yang huru-hara, manakala permodalan pasaran telah jatuh sebanyak 550 bilion dolar. Dalam beberapa hari, beberapa peristiwa yang tidak menguntungkan untuk mata wang digital telah berlaku: beberapa bank besar, seperti JPMorgan Chase, Bank America, Citigroup, Lloyds Banking Group dan Virgin Money, telah melarang pembelian mata wang kripto menggunakan kad kredit mereka; pasaran mata wang kripto telah menghadapi kekangan di India dan China; Facebook dan Instagram telah melarang pengiklanan mata wang digital, dll. Sehubungan dengan itu, mata wang kripto yang paling popular, Bitcoin telah kehilangan satu perempat daripada nilainya.

Walau bagaimanapun, Steve Strongin menyatakan bahawa bukan semua mata wang kripto akan hilang – akan ada beberapa yang mengetuai dalam pasaran. Harga mata wang kripto berikut yang masih bertahan akan boleh meningkat. Tetapi sukar untuk dikatakan mata wang digital manakah yang akan kekal sehingga pengakhiran. Pakar-pakar membandingkan mata wang kripto sedia ada dengan enjin carian internet pertama, yang mana kini tidak lagi beroperasi sejak ia digantikan dengan sistem yang lebih efisien.

Meskipun di sebalik sikap pesimis terhadap mata wang kriptpo, Strongin melihat masa depan di sebalik teknologi blockchain, yang mana dapat meningkatkan perakaunan kewangan. Namun demikian, beliau takut yang teknologi moden ini belum lagi menawarkan kelajuan yang mencukupi untuk membuat transaksi pasaran.

oleh JustMarkets, 08/02/2018

Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

Buka Akaun

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan
Artikel Terakhir
Semua Artikel
Apakah Konsep Utama Analisis Teknikal?
Penganalisis teknikal menggunakan carta dan graf untuk menganalisis trend, pola dan data pasaran yang lain untuk mengenal pasti isyarat beli dan jual. Konsep utama analisis teknikal adalah untuk menganalisis sejarah harga dan data volum untuk membuat ramalan tentang pergerakan harga di masa akan datang dalam pasaran kewangan.
Baca lagi